Sunday, May 4, 2014

Cerita Kekenit

Share
Assalammualaikum w.b.t



Amboii sedapnya kekenit ni tido. Keadaan ni berlaku selepas kekenit dimandikan. Lepas mandi memasing tido tak menyedor. Ini kali kedua kekenit mandi. Ikutkan tak perlu nak mandikan sebab dorang ada ibu. Tapi disebabkan kekenit telah mendapat sejenis penyakit kulit seakan fungus, mummy terpaksa mandikan dengan medicated shampoo untuk mengelakkan ia terus merebak.


Sebelum mandikan mummy pastikan kekenit sihat 100% dan cuaca baik dan panas. Mummy mandikan kekenit dengan shampoo berubat, bilas dengan air campuran acv (cuka epal) dan terakhir sekali dengan air bersih (suam). Nampak macam banyak prosesnya, tapi mummy buat sepantas mungkin kerana tak mahu kekenit terkena selsema.  Lepas tu mummy cepat-cepat lap dengan tuala kering dan jemurkan kekenit di tempat panas.


Mummy buat seekor demi seekor termasuk Atin, Melati dan Adudu sebab mereka selalu bersama. Lepas settlekan dorang barulah mummy mandikan jejebon yang lain. Peluh jangan cakap lah, berjurai-jurai dah macam lari ulang-alik satu padang bola. Tapi yang peliknya tak kurus-kurus jugak huhuu...


Bila kekenit dah mula bermain dan tak menjilat badan lagi baru mummy masukkan kekenit ke dalam rumah. Mummy bagi kekenit kibbles yang diblender dicampur dengan susu kambing dan wetfood. Lepas makan kekenit terus terbongkang kekenyangan.




Inilah yang dikatakan tidur mati. Apa-apa bunyian langsung tak menjadi penghalang untuk mereka terus lena tidur. Matahari dah tenggelam baru lah kekenit bangun, menjerit minta makan. Lepas makan sambung tidur sampai esok pagi. Aman hidup mummy hehehe..



Malam kekenit cuma bangun untuk menyusu sahaja. Atin ibu yang baik, dia sangat sayangkan anak-anaknya. Dua kali Atin bawak masuk mak menti konon untuk diberi pada anak-anaknya. Dua kali jugak jantung mummy terhenti tatkala bangun pagi  terlihat mak menti terbujur kaku di depan mata eee!!

Ikan tak yah cakap la..yang bergoreng, yang masak sambal, yang baru dilumur kunyit pon ada Atin bawak balik. Entah dari manalah Atin dapat. Macam kat rumah ni tak cukup makan jer. Padahal anak-anak dia bukan pandai pon nak makan mende-mende yang dibawak tu. Atin oh Atin...



Adudu yang setia menunggu nak bermain dengan kekenit. Pernah sekali mummy tonyoh si Adu pada nenen Atin. Melompat si Adudu tak mahu, Atin melompat terkejut, mummy melompat terkujat! Sumpah! lepas tu mummy tak buat lagi huhuhu...



Makin beso op kos lah makin nakal. Pantang nampak muka mummy menjerit mintak keluar cage. Tapi sekarang kekenit dah tak poo pee bersepah lagi. Dorang dah pandai cari litter tray sendiri. Cuma mummy risau sebab dorang tengah teruja berlari ke sana ke mari, kite nak berjalan pon susah.



Mummy yang berhati-hati berjalan ni pon dilanggarnya. Memang selalu kena langgar lari, mummy bimbang kalau sampai terpijak jer.. Kite yang beso gedabak ni pulak takut nak melangkah, si kekenit ni segonok jer terkinja ke sana ke mari. Yang paling segonok si Adudu laa...ramai teman sepermainan dieee......

suka?

3comments: