Wednesday, May 21, 2014

Cerita Omel dan Melati

Share
Assalammualaikum w.b.t


Alhamdulillah masih mampu bernafas lagi hari ini. Diberi kesembuhan dan diberi peluang hidup sihat kembali. Terima kasih pada rakan-rakan yang mendoakan kesembuhan mummy semasa mummy kurang sihat tempohari. Banyak yang mummy nak kongsikan bersama pembaca sekalian, kisah anak-anak mummy, buah hati mummy. Kali ni kisah Omel dan Melati...


Hari Sabtu pagi masa nak bagi makan pada jejebon, mummy perasan Omel dan Melati takde. Tunggu-tungu sampai tengahari dedua tak balik. Mummy dah mula risau, mummy start mencari kat tempat-tempat yang mummy rasa patut dicari. Namun hampa kelibat mereka tidak kelihatan di mana-mana.


Mummy yang ketika itu masih berasa sedih dengan kehilangan Oneng ditambah dengan keadaan diri yang kurang sihat, rasa bertambah-tambah sebak dan pilu bila kejadian macam ni berlaku. Mula lah fikir yang bukan-bukan, terasa macam putus asa bila diri gagal melindungi yang tersayang. Bila hati dirundung sedih, mudah untuk kita terhasut dengan bisikan syaitan. Rasa macam dah give-up nak menjaga kucing. Rasa macam mummy gagal menjadi mummy yang baik pada anak-anak. Rasa berdosa sangat sangat!


Mummy menangis sepuas-puasnya, seakan melepaskan segala kemarahan dan kesedihan dalam hati. Sesudah menghamburkan segala kesedihan, perlahan-lahan diri ini pulih kembali. Mula berfikir dengan tenang, beristigfar berkali-kali memohon ampun di atas keterlanjuran yang diucapkan. Mummy hanya manusia biasa. Manusia yang sering melakukan kesilapan. Setiap kesilapan itu akan mummy cuba perbaiki, insyaAllah...


Maka di setiap ketentuan pasti ada hikmahnya. Jika itu yang telah ditentukan pasti itulah yang terbaik. Mummy redha... Yang pasti usaha dan doa akan diteruskan. Mummy terus mencari dan terus berdoa.


Hari Isnin pagi, Omel memunculkan diri. Mengiau meminta makan seperti selalu. Seakan mimpi menjadi nyata. Mummy tak dapat menahan rasa gembira terus sujud syukur pada Yang Esa.


Mummy pandang keliling mencari-cari kalau Melati ada sama. Melati tidak kelihatan di mana-mana. Doa mummy moga Melati sentiasa di bawah lindungan-Nya. Semoga Melati bahagia walau di mana berada :)












suka?

4comments: