Thursday, May 29, 2014

Giliran Atin

Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia!


Nak bagitahu Atin dah selamat dikembirikan pada hari Sabtu yang lalu. Walaupon anak-anak Atin masih menyusu, mereka dah cukup besar dan dah pandai makan sendiri. Badan memasing pon dah semakin berisi. 


Oleh kerana Atin ni kurang mesra dan agak liar, dia lebih suka berada di luar rumah menyebabkan mummy bimbang jika sampai Atin terbunting lagi. Setelah mengambil kira aspek kesihatan demi kebaikkan Atin dan anak-anaknya, maka mummy mengambil keputusan untuk cepat-cepat kembirikan Atin. Syukur Alhamdulillah semua berjalan lancar.



Hari kelima selepas dikembirikan Atin kembali menyusukan anak-anaknya semula. Sayang betul Atin pada anak-anaknya walaupon sesekali terdengar Atin menjerit kecil mungkin kesakitan tempat yang sakit dipicit-picit oleh anaknya.



Kekenit ni jer yang tak reti bahasa, asik nak melekat duaplohpat jam langsung tak kesiankan ibunya. Sampai ibunya nak minum pon tak senang ish ishh...




Kasih sayang adalah satu sifat yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua makhluknya tak kira samada manusia atau haiwan. Seekor ibu kucing yang sanggup menahan sakit demi untuk terus menyusukan anak-anaknya. Namun seorang manusia yang berakal belum tentu dapat melindungi anaknya. Sedih membaca kisah anak berumur 6 tahun yang mati didera dan disimbah air panas. Kejamnya manusia :(

No comments: