Thursday, October 9, 2014

Pe'el

Assalammualaikum w.b.t


Lama mummy tak citer kisah bebudak jebon kan. Kalau nak citer kerenah sekor-sekor bebudak ni memang tak habis, ada jer pe'el memasing. Hari ni mummy nak luah perasaan pasal budak hitam legam, Si Kirana. Pasal pe'el budak degil nih.


Kirana ni ada satu pe'el yang memudaratkan diri dia sendiri. Pe'el suka curi makan makanan stray. Mummy tak kasi tu bukannya apa, sebab si Kirana ni kalah kalau makan kibbles untuk stray.  Setiap bulan mummy beli 10kg kibbles Kiska khas untuk stray dan 25kg Equilibrio untuk bebudak jebon.


Jejebon yang lain ok jer makan EQ tu cuma ada yg suka makan gitu saja dan ada pulak yang suka campur dgn wetfood. Tapi lain ceritanya dgn si Kirana ni, puas mummy pujuk campur dengan wetfood, campur dgn ikan rebus, ayam rebus semua tak kena selera dia. Makan sesuap dua dah. Sebab tu badan dia susah nak naik. Menten kecik jer, dia yang paling kecik di antara jejebon.


Jenuh mummy nak melayan selera budak itam ni. Kadang tu mummy campurkan Kiska tu dengan  EQ. Tapi nanti pandai jer dia pilih. Dia makan kibbles Kiska jer yang EQ ditinggalkan terkontang-kanteng dalam mangkuk. Sabo jelah!







Bila tak ikut kehendak dia. Mula lah mogok, mogok lapar. Menonong keluar rumah tak layan kite. Mummy panggil pon dia buat pekak jer..








Tapi bila makan mesti kena cirit-birit, berak cair. Itu pon tak serik-serik lagi. Sampai bila la pe'el keras kepala budak itam ni nak hilang haihhh.....

4 comments:

linda said...

Cuba bg TOTW.. harga xlari jauh dr EQ adult.. susah hati kan anak asek cirit birit je makanan xsesuai

aby said...

salam mm ..
makanan memang kena jaga ..
salah makan blh mendatangkan cirit birit .. klu meow kena penyakit tu ..
kita pula nanti kena cirit birit, dek kerana pening ..

tachi n poncho said...

Cirit or kiska...mana 1 pilihan kirana...hihihi.

ctpayong said...

memang betol...susah kita dibuatnya kalau cirit ni. kesian ke dia, kesian ke kita jugak. egūm (legam) kakCT pon ghope tu gak. yang lain seronok bedal dia cium sana cium sini..memilih.

agaknya pesyen kucing itam ni mmg memilih tak?