Wednesday, October 15, 2014

Perangai tak senonoh Momon

Share
Assalammualaikum!

Tarik napas...hembus...

Tarik napas....hembusss


Mummy dari semalam dada berombak-rombak. Kecik beso kecik beso jer mummy tengok budak Momon tu.


Al-kisahnya balik kerja semalam, mak mengadukan hal si Momon.

Mak kata, "Si Momon punya tak senonoh dia boleh memanjat naik atas bumbung stor abah pastu boleh dia kencing memancut-mancut dari atas bumbung tu!"

Kata mak masa tu abah tengah mesin rumput, mak dengan Mia duduk kat tangga dapur mengadap stor tu. Tiba-tiba merecik-recik air dari atas.

Mia jerit, "nenek hujan!"

Bila pandang atas rupanya Si Momon punya kerja. Tak senonoh betulll...cerita mak penuh perasaan. Mummy tak tahu masa tu nak marah ker nak ketawa bila mak cerita. Geram ada kelakar pon ada. Hai lah anak....








suka?

6comments: