Sunday, December 14, 2014

Budak cerdik







Indah sangat pandai membawa diri. Bila mummy bawak masuk jejebon, Indah mummy kurung dalam cage. Sikit pon tak nangis, macam faham jer abang-abang dan kakak-kakak dia kurang suka dengan dia. Indah duduk diam memerhati dari dalam cage tu. Bebudak jebon jela yang menderam-deram. Haihh..tak tahu lah sampai bila, susah hati rasa. Serba salah dibuatnya. Mummy taknak sampai jejebon atau Indah rasa tersisih. Mummy sayang kesemuanya, harap mereka tahu.


Sekarang Mia jelah yang jadi kawan Indah. Indah sangat sangat suka dengan Mia. Kalau Mia datang melenting-lenting dia. Mengekor jer ke mana Mia pergi. Main sama-sama, tengok tv dan yang paling gelihati bila tengok Mia bersembang berdua dengan Indah. Macam paham jer budak berdua tu, sorang membebel sorang mengeow elok benor lah tu hehe..




No comments: