Monday, December 15, 2014

Cerita Indah

Share
Assalammualaikum & Salam Sejahtera


Budak Indah ni masa baru jumpa berak mencirit. Montot pon merah jer..kesian tengok. Yelah makan mengutip yang bukan-bukan agaknya, tak tentu arah perot. Masa memula tu mummy buatkan Indah nestum. Sekut hancur (kibbles) campur dengan susu kambing dan sedikit wetfood gaulkan pastu tengok berselera sungguh Indah makan om nom nom! bunyi dia..



Lepas seminggu Indah dah pandai mencuri makan sekut jejebon. Tak padan kecik gigih mengunyah sekut keras tu. Bila tengok Indah bersungguh nak makan sekut, mummy stop buatkan Indah nestum. Mummy bagi Indah sekut Royal Canin BabyCat dihidangkan bersama susu kambing mbekkk!

Susu kambing mummy bagi TopLife Milk Kittens dan HiGoat. Pagi dan malam bagi HiGoat, tengahari dan petang bagi TopLife. Sebab susu TopLife tu mummy masuk esbox so sejuk jadi bagi waktu tengahari dan petang. Untuk pagi dan malam sebelum tidur bagi susu kambing HiGoat suam.




So far, alhamdulillah sesuai untuk Indah. Poop Indah cantik molek sebiji-sebiji. Montot pon dah elok tak merah berair lagi. Badan pon nampak dah berisi, lepas ni boleh bagi ubat cacing, sebelum ni nak bagi pon takut sebab kurus sangat.

Membesar kuat dan sihat yer Indah!

suka?

1 comments: