Monday, December 8, 2014

Jebon baru

Share
Hari Rabu lepas jumpa budak ni. Kena buang kat jalan depan opis. Kurus kering sampai jalan pon melayang-layang. Tapi suara dia sampai kat dalam ofis boleh dengar. Bila tengok dari jauh tak nampak pon bentuk kucing nampak macam batu hitam kat atas jalan huhuu..kesian sangat. Mummy terus ambil dan masukkan dalam kotak bagi makan ayam goreng sementara nak bawak balik rumah petangnya.


Sampai rumah terus mandikan. Diam jer berendam dalam air suam. Punya la kotor sampai keruh air mandian tu huhuu..kesian. Lepas mandi cepat-cepat keringkan badan guna hair dryer, musim hujan ni kan bimbang dia terkena selsema pulak. Tapi alhamdulillah sampai hari ni sihal walafiat.



Haa..tu dia Indah namanya. Nama tanak kalah walopon rupa tak seindah nama ekeke... Hari ketiga barulah budak ni berhenti menangis. Kalau tidak menangis tak benti, diam masa tidur celik jer mata menjerit semula.


Walaupon marah Tumi nak jugak masuk rumah. Jejebon yang lain semua pakat takmo masuk rumah, tunjuk perasaan sebab mummy bawak adik baru. Kesian Indah takde kawan..


 


Jadi kak Mia jelah kawan Indah setakat hari ni. Harap jejebon yang lain boleh terima adik baru mereka secepat mungkin.

Kak Mia & Indah



suka?

3comments: