Saturday, December 13, 2014

Rajuk si anak

Share
Assalammualaikum


Sejak mummy bawak balik Indah, bebudak jebon tunjuk perasaan tak nak duduk dalam rumah. Tumi sekor jer yang ok, yang lain langsung tak mahu jejakkan kaki ke dalam rumah. Bila malam mummy cuba bawak masuk sekor-sekor ke dalam rumah. Belum panas punggung memasing dah menderu ke pintu nak keluar semula. Momon pon dah tak mahu tidur dengan mummy. Jadi mummy bawak masuk Suria dan Teja tidur dalam bilik bersama mummy. Macam tulah rutin tiap malam, walaupun jejebon tak suka mummy teruskan juga sebagai usaha supaya jejebon terbiasa dan dapat terima adik baru mereka.


Kemudian tiga hari mummy terpaksa bertugas di luar stesen. Balik tu mummy dapati Suria selsema sebab duduk di luar rumah musim-musim hujan. Terus mummy  bawak ke klinik, dapat tiga jenis ubat. Suria semakin sihat. Syukur alhamdulillah jejebon yang lain juga sihat.


Si Teja pulak merajuk langsung tak balik-balik sampai ke hari ni. Puas mummy cari, Teja menghilangkan diri.  Marah betul dia, Teja anak manja. Dia sangat manja dengan mummy. Tak sangka rajuk Teja hingga dia membawa diri. Sedih betul mummy, rasa bersalah menyelubungi diri. Mummy harap Teja berjumpa dengan keluarga baru. Mummy harap ada yang menjaga Teja. Maafkan mummy sayang... :(

Dua beradik Suria dan Teja



suka?

0comments: