Sunday, January 26, 2014

Tetamu Hari Thaipusam

Share
Cuti Thaipusam hari tu Chika dan mami datang ke rumah. Dari tahun lepas rasanya plan asik tak jadi jer..syukur kali ni sampai jugak ke rumah kecil mummy. Dengan menggunakan aplikasi waze Chika berjaya sampai tepat di hadapan rumah tanpa sesat hehe..


Budak Oneng ni memang mesra alam. Sesiapa yang datang memang dia la yang sambut. Memang jenis tak malu, tup tup dah naik atas riba orang.





Tukang selongkar beg orang pon dia jugak. Hishh memang muka tak malu!

Budak itam ni pon sama. Mementang la beg tu ada gambar kucin kann...anak sape la nih




Malam tu sempat bawak Chika ke surau makan nasik maulud..


Sedappp...syukur alhamdulillah lepas niat nak makan nasik dalam dulang ehehe..


Esoknya kitorang pergi ke pekan Ayer Hitam. Mami nak carik patung gajah untuk letak pasu tu, tapi balik-balik jumpa patung katak. Gajah dah takde musim agaknya ekeke...


Jalan jalan makan..jalan jalan makan gitu la kekdahnya...perot tak sempat lapar dah sumbat lagi, macam nak meletop rasa huhuu... Tapi bukan selalu kan, sekali sekala jer.. Selalu mummy memang diet giler-giler, BETOLL!! (baca boleh percaya jangan)

Cendol sedap!


Misi pencarian patung gajah diteruskan...


haa...kan dah kata

kan..kan...



Kepenatan balik berjalan. Oneng cam biasa setia menyambut tetamu pulang. Mummy masa ni dah collapse pakej ngan migrain sekali huhuu...


Mami steady lagi siap boleh mengadap laptop sambil melayan jejebon.




Tiba hari untuk berangkat pulang setelah tiga hari berkampung di rumah mummy. Alhamdulillah selamat perjalanan dan selamat sampai.  Terima kasih mami dan Chika sudi datang, jangan serik datang lagi yer..






suka?

Wednesday, January 15, 2014

BabyMushuk kembali kepada penciptanya

Share
Assalammualaikum




BabyMushuk dah takde..
BabyMushuk dah pergi...


Petang tadi makcik senah datang ke rumah. Dalam keadaan menangis dan mengigil-gigil, makcik senah berkata "acik mintak maaf, baby..pakcik kau terlanggar baby.." Takpe nanti saya tengok, kata mummy cuba berlagak tenang. Sedangkan ketika tu perasaan mummy dah tak tentu arah memikirkan keadaan BabyMushuk.


Mummy masuk ke dalam bilik utk menyalin pakaian. Dalam kelam kabut tu mummy sempat tengok jam 6.40 petang. Takpe ada satu klinik masih bukak dalam hati mummy berkata. Dalam pada tu mummy berkira-kira samada nak bawak carrier sekali ataupon tidak. Dalam masa yang sama mummy terdengar suara mak memanggil. Mummy terus meluru keluar dan kami sama-sama pergi ke rumah makcik senah.


Sambil berlari-lari tu makcik senah sempat menceritakan yang dia dan suaminya baru pulang dari pasar malam. Masa nak masuk parking tu tiba-tiba BabyMushuk meluru keluar dan suaminya tak sempat memberhentikan kereta dan terlanggar Baby. Baby sempat berlari kemudian rebah di bawah pokok.


Bila mummy sampai ke rumah makcik senah BabyMushuk masih di situ. Baby bernafas dalam keadaan mengigil. Mummy usap BabyMushuk sambil bacakan Fatihah. Mummy lihat sendiri Baby menarik nafas yang terakhir dan berhenti bernafas. Takde setitik darah pon pada mana-mana bahagian badannya.


Innalillahiwainnailaihirojiun, sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada-Nya kita kembali...








Mummy dukung BabyMushuk, mummy bagitahu pada makcik senah mummy nak tanam sendiri BabyMushuk. Makcik senah yang masih menangis, berkali-kali meminta maaf pada mummy. Mummy tak salahkan makcik senah mahupun suaminya, dah sampai ajal baby kata mummy.



Mummy semadikan BabyMushuk di belakang rumah sebelum Isyak tadi. Baby kelihatan tenang seperti sedang tidur. Mummy tahu baby tak lama sakit, senang sangat baby pergi. Baby anak yang baik semasa hayatnya, baby tak pernah susahkan mummy. Sakit pon jarang sekali. Ramai yang sayangkan baby, mummy tahu sebab baby anak yang baik.


Mummy sayang BabyMushuk selamanya...


BabyMushuk
10/06/2010 - 15/01/2014



suka?

Makan

Share






suka?

Monday, January 13, 2014

Maulidur Rasul 1435H

Share
Esok 12 Rabiulawal hari bersejarah bagi umat Islam yang akan menyambut ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Surau di tempat saya, sambutan Maulidur Rasul akan dibuat pada 15 Rabiulawal (17 Januari 2014). 


Sambutan Maulidur Rasul biasanya akan diadakan keraian-keraian Islami yang dipenuhi aturcara mengenang Rasulullah dengan berselawat, berzanji dan berceramah tentang sirah baginda Rasulullah. Yang paling best mesti la dapat makan nasik maulud dalam dulang ramai-ramai hehe..(teruk betul perangai asik ingat makan jer...)


Sempena memperingati hari kelahiran Rasulullah marilah sama-sama kita mencintai baginda dengan memperbanyakkan berselawat kepada baginda. Moga kita mendapat syafaatnya, insyaAllah...



Bersama-sama kita mencari keredhaan Allah, mencintai Rasulullah dan jangan lupa berkasih-sayang dan tolong-menolong sesama insan dan haiwan yang memerlukan.





video




Ya Rasulullah...
Kami merinduimu....

suka?

Friday, January 10, 2014

Hari Mandi

Share






suka?

Wednesday, January 8, 2014

Tumpah

Share




suka?

Wordless Wednesday : Guilty

Share


suka?

Wednesday, January 1, 2014

Sekolah

Share








suka?