Sunday, March 30, 2014

Anak culik

jeng..jeng..jenggg!

Atin dan anak-anak culiknya. Anak culik?? 
Yer..anak yang diculik dari Aton.


Aton mangsa yang ketiga anak-anaknya diculik. 


Al-kisahnya, budak Aton ngan Atin ni kan dah tak ngaku mummy ni mummy dia. Sejak Apek ngan Gegirl mati budak dua hekor ni terus tanak masuk rumah. Rumah tu dah macam asing bagi dorang, ngan mummy pon menderam-deram bila dekat. Padahal dulu elok jer dorang adik-beradik makan tido dalam rumah. Bila datang Juna ngan Kirana makin la dorang tak suka nak masuk rumah, jenis kucing liar susah nak dijinakkan langsung tak mesra alam waima dengan kucing lagi pulak dengan manusia.


Dah gitu mummy biar jelah budak berdua ni lepas bebas. Bagi makan pon kat luar rumah. Lama-lama budak berdua ni duduk menetap kat rumah jiran belakang rumah, rumah jiran tu banyak ayam. Rasanya budak berdua ni lebih rela kawan ngan ayam dari dgn spesis sendiri huhuu...


Mummy pon tak kisah sebab dekat, boleh nampak hari-hari, kalau sakit boleh tengok-tengokkan. Jiran tu pon suka kucing, seorang nenek tua tinggal bersama anak perempuannya. Rumah nenek tu pon ada kucing, hitam legam x-boipren si Kirana dulu ekeke.. 


Mummy memang awal-awal dah pasang niat nak mandulkan budak dua hekor ni. Tapi tak berjaya nak tangkap. Pernah cuba bagi pil perancang, sampai hancur tangan digeget dicakarnya. Bila sekali dah kena tangkap paksa makan ubat tu lepas tu memang trauma la dorang. Jangan harap la dapat tangkap lagi. Stress betul! Kecewa sebab tak plan tak berjaya. Sehinggalah si Atin ngan Aton ni terrrrr bunting....


Nama pon adik-beradik, bunting pon sama-sama huhuhu... Atin yang beranak dulu, anak Atin cuma seekor. Aton yang kendian tiga ekor anaknya. Si Atin ni suka sangat pindah-pindahkan anak dia. Sampai la satu hari tu, Atin pindahkan anaknya dekat dengan tempat Aton dan anak-anaknya. Esoknya Atin pindahkan lagi anak dia kat atas syiling rumah jiran tu, tapi bukan anak dia jer dengan anak-anak Aton dia pindahkan sekali. Dah si Aton tu mengiau cari anak-anak dia. Dua hari Aton tak jumpa anak-anaknya, sampai bengkak-bengkak tetek sebab tak dapat menyusukan. Hari ketiga bila Atin bawak turun anak-anak tu, mummy cuba la bagi pada Aton tapi sayangnya Aton dah reject anak-anak dia. Dicium-cium terus ditinggalkan huhuu..sedih


Nak sedapkan cerita lagi, sekor anak Aton tertinggal kat atas syiling tu. Menjerit-jerit budak kecik tu kena tinggal sensorang. Mula-mula dengar tu mummy biarkan lah sebab ingatkan mesti si Atin dengar dia akan pegi ambik. Satu hari satu malam budak tu menangis, si Atin buat tak dengar jer..mummy yang dengar ni dah tak tentu arah memikir kesiankan budak kecik tu. Last-last dah tak tahan, mummy ketuk rumah nenek tu mintak izin nak panjat turunkan budak kecik tu. Nenek Remah tu pon izinkan, kebetulan ketika tu cuma dia seorang berada di rumah. Kalau cucunya ada nenek Remah dah mintak tolong cucunya. 


Lebih kurang 15 minit berhempas-pulas akhirnya mummy berjaya bawak turun budak kecik tu. Tak payah lah tanya camana caranya. Buruk kalau nak diceritakan keadaannya huhuu... 


Lepas dah bawak turun tu mummy pon carilah tempat si Atin sembunyikan anak-anaknya. Cari punya cari rupanya dia letak anak-anaknya atas tanah kat bawah tangga. Hari tu hujan dari pagi, dengan basahnya dengan bersemutnya Ya Allah! istigfar mummy. Tak pikir panjang mummy terus ambil anak-anak tu bawak masuk rumah. Satu hal lagi nak tangkap si Atinnya, hazab! Akhirnya berjaya jugak tangkap. Belum habis azab lagi, anak yang kecik-kecik tu kan anak Aton, ni nak tangkap anak betul Atin pulak. Anak Atin tu dah besar sikit, liar, garang, penakot macam ibu dia jugak. Hazabnya lahai.. satu petang sampai ke maghrib mummy mengejekan si Atin ngan anak-anaknya.


Bila Atin dan keempat anak-anaknya dah selamat berada dalam cage mummy terus terlentang kepengsanan. Rasa nak menangis tapi memang dah menangis pon ahaha... tak tau la kenapa tetiba laju jer air mata tu keluar. Apa-apa pon syukurlah semua dah selamat, senang hati mummy bebudak tu ada kat depan mata. Lepas ni mummy nekad nak mandulkan Atin dan Aton, harap-harap berjaya. Mohon dipermudahkan semua urusannya, amin....




Atin dan anak kandungnya.


Muka tak bersalah jer curi anak orang huh!

Elok-elok anak sekor gi cari penyakit culik anak orang, 
kamu tak jaga elok2 budak tu siap lah!



Tapi kan sejak anak-beranak ni ada, kesian kat budak Adudu tulah. Selalunya Adu suka main tido dalam cage dia tu. Malam-malam memang Adu suka tido dalam cage tingkat paling atas sekali. Bila cage dia kena ambik, macam merajuk jer budak kecik tu. Dah la bulu kembang tegak sentiasa, hidung kembang kuncup kembang kuncup bau anak-beranak tu hehe...sian jer tengok dia.



Jejebon lain takyah cakap la, memasing boikot takmo masuk rumah. Mummy bior jelah esok lusa elok lah deme tu seme... Yang lain tu dah beso gedabak tak kisah sangat, mummy cuma sian kat budak Adudu ni jer..




Tapi takpe...budak Adu ni upah kasi isap jari dia dah ok ekeke....


Sunday, March 16, 2014

Anak oh anak...

Al-kisahnya mak hangkat si Citam ni ke KL menziarah anaknya. Dalam seminggu jugak lah mak hangkat Citam pegi, sebelum pegi tu dia dah bagitahu mummy. Jadi mummy bawak balik Citam ke rumah. Citam tak betah dok kat rumah, makan pon tak nak. Bila mummy kurung tak bagi keluar dia mengiau tak berenti. Seboleh-boleh nak balik rumah mak hangkat dia. Dah gitu mummy bagi jelah dia balik. Bila mummy bawak makanan kat sana baru la Citam nak makan. Huh! mengada betul perangai. Dah la terpaksa mummy mengantor makanan ke dia setiap hari. Sabo jelah.











Sunday, March 9, 2014

#PrayForMH370




Ya Allah, 
Jika dilaut timbulkan lah, 
Jika di langit turunkan lah, 
Jika di darat tunjukkan lah

Thursday, March 6, 2014

Pergilah sayang...

Mummy redha...mummy relakan Omot pergi. Mummy tahu pasti itu yang terbaik untuk Omot daripada Omot terus menderita sakit.


Setelah Omot disahkan positif parvo (FPV). Hati mummy hancur, sedih, pilu bercampur-baur perasaan seiring dengan titisan air mata yang terus-terusan mengalir. Baik dari sakit mulut, Omot begitu berselera makan. Omot paling suka makan ayam tak kira samada digoreng, direbus atau dimasak berlauk biasanya mummy akan basuh ayam terlebih dahulu sebelum bagi pada Omot. Walaupon dah kenyang Omot tetap berselera makan bila disuakan ayam. Badan Omot juga semakin berisi. Mummy gembira dengan perubahan Omot.


Tapi kegembiraan tu tak kekal lama, bila Omot tiba-tiba murung menjauhkan diri. Mummy beri Omot Vetri DMG dan vitamin C, badan Omot panas. Dua hari Omot masih murung dan langsung tak mahu menjamah makanan walaupon demamnya dah kebah. Hati mummy terdetik ada sesuatu yang tak kena bila Omot langsung tak menunjukkan sebarang perubahan. Mummy bawa Omot berjumpa vet dan apa yang mummy bimbangkan terjadi.  Tak dapat digambarkan perasaan ketika vet memberitahu mummy tentang Omot. Mummy cuba berlagak tenang sedangkan ketika itu hanya Allah yang tahu perasaan mummy. Sepanjang perjalanan balik dari klinik air mata jatuh tak berhenti.


Sampai rumah mummy buat seperti yang diarahkan vet. Omot perlu diasingkan dari yang lain. Mummy letak Omot dalam cage dan ditempatkan di dalam bilik. Virus parvo amat mudah merebak. Ia mudah berjangkit melalui air liur, air kencing, muntah, pernafasan, udara juga melalui tahi kucing yang berjangkit. Virus parvo ini menyerang sistem pertahanan, sel darah putih terutamanya sistem penghadaman. Ini menyebabkan Omot demam, tak mahu makan, muntah dan cirit-birit.


Selepas mendapat rawatan, vet bagitahu mummy jika Omot mampu bertahan dalam tempoh 6 hari berkemungkinan dia akan selamat. Jadi mummy perlu pastikan Omot makan untuk membantu menguatkannya. Mummy suap Omot A/D, susu kambing, air zamzam dan beri Vetri DMG.  Mummy menggunakan sarung tangan, memakai apron dan menukar baju setiap kali selesai menguruskan Omot. Mummy guna clorox untuk membersihkan bilik, sangkar, litter tray Omot setiap hari pagi dan petang kerana virus parvo ini mampu bertahan dalam jangkahayat yang lama jika tidak dihapuskan.  Paling mummy bimbangkan jika sampai merebak dengan yang lain terutamanya kitten macam Adu yang berisiko tinggi. Maka mummy perlu pastikan persekitaran Omot dibersihkan sekerap yang mungkin.


Perhatian memang sentiasa tertumpu pada Omot. Dari celik mata hingga nak tutup mata semula perhatian mummy sentiasa pada Omot. Mummy suap Omot makan, mummy beri Omot minum, mummy bersihkan Omot dan kawasan persekitaran sekerap mungkin. Mummy banyak habiskan masa temankan Omot dalam bilik. Mummy sentiasa bercakap dengan Omot. Perkara yang sering mummy katakan pada Omot...


"andai kamu tak mampu bertahan kamu pergilah mummy redha tapi jika Omot mampu bertahan mummy akan sentiasa ada bersama Omot, mummy akan tolong Omot sampai Omot sembuh. Apa pon pilihan Omot mummy redha, mummy akan sentiasa ada dengan Omot.."


Air mata menjadi peneman setia ketika mummy meneman Omot. Pilu hati mummy melihat anak sedang kesakitan bergitu. Mummy berdoa, mummy mohon pertolongan dari Yang Maha Kuasa. Mummy berdoa agar diberi yang terbaik untuk Omot. Andai panjang umur sembuhkan lah segera, andai sudah sampai masa ambillah segera nyawanya agar dia tak menderita sakit terlalu lama.


Hari kelima, bila mummy nak suapkan Omot makan pagi tu. Mummy lihat hidung Omot putih pucat, telinganya sejuk. Pandangan mata Omot membuat hati ini pilu, air mata gugur lagi. Terdetik dalam hati masa Omot hampir tiba. Mummy tenangkan perasaan, mummy suap Omot air zamzam, nampak susah Omot nak telan. Mummy tanak paksa lagi. Mummy cakap pada Omot, "pergi lah sayang...pergilah...mummy sayang Omot, mummy sayang..."


Mummy tinggalkan Omot dengan berat hati pagi tu sebelum ke pejabat. Sepanjang di pejabat hati mummy tak tenteram, mummy sentiasa teringatkan Omot. Tak sabar nak tunggu tengahari mummy nak jumpa Omot. Tengahari tu sebelum balik jumpa mak, mak kata malam tadi mak bermimpi Omot  pergi. Laju kaki melangkah mendapatkan Omot. Bila mummy bukak pintu mummy  nampak sekujur tubuh Omot sedang berbaring seperti sedang lena tidur. Tenang...tanpa pergerakkan. Omot dah pergi, Omot dah tak sakit lagi. Innalillah....






OMOT
26/11/2011 - 05/03/2014