Tuesday, June 10, 2014

Kekabu

05 Jun 2014.

Hari tu hari Khamis malam Jumaat. Tengah syok menonton tv tetiba abah masuk rumah terus hulur anak kucing pada mummy. Kata abah ada orang baru buang, budak kecik ni terjatuh ke dalam longkang mengejar orang lalu lalang.


Tak cakap banyak mummy terus sambut anak kucing tu. Masih kecil lebih kecil dari kekenit. Badannya kotor, bontot dan ekor penuh bertahi. Terus mummy bawak masuk bilik air dan mandikan. Lepas mandi mummy bolot dengan towel dan terus keringkan dengan hair dryer.  Bagi minum susu dan makan ikan rebus. Matanya nampak berair jadi mummy titiskan ubat mata dan mummy beri ubat cacing.







Kesian kekenit kecik-kecik dah dapat adik baru walopon begitu nampaknya kekenit takde masalah dengan budak kecik nih, memula jer menderam-deram sekarang dah bergumpal-gumpal bermain bersama. Yang tak ok Adudu dan jejebon besar. Biasa la tuu...kadang dilepak-lepuk budak kecik tu, mummy biarkan aje. Esok lusa baik la deme...


Maka dengan rasminya budak kecik telah menjadi sebahagian dari keluarga mummy dan bakal menjadi jejebon meowwmania. Jadi memperkenalkan anak baru mummy yang diberi nama Kekabu...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v




eh! bukan bukan ini pokok kekabu ngeee...


memperkenalkan anak baru mummyyyy......

|
|
|
|
|
|
|
|
|
V



Budak kecik ni jantan. Bulunya lembut berwarna kelabu. Atas sebab tu mummy bagi namanya Kekabu, nama manja Abu ehehe...