Tuesday, August 19, 2014

Adudu kini dewasa

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera


Seminggu selepas raya hari tu, mummy hantar Adudu ke klinik untuk dikembirikan. Adu dah berada dalam jagaan mummy lebih kurang 6 bulan. Dah cukup umur untuk dikembirikan, lelebih lagi selepas Adudu dah pandai berboipren.


Mummy bukannya memilih, mummy tak kisah siapa pon pilihan jejebon cuma mummy seram kalau-kalau sampai mereka terlanjur dan terbunting. Oleh sebab itu mummy ambil langkah selamat untuk segera mengembirikan Adudu. Lepas kembiri nanti sukati lah nak bercinta, berbulan madu kat mana pon mummy tak halang ekeke....

Adudu lepas pulang dari klinik.
Adu tidur semalaman, esok pagi bangun dah segar macam biasa










Nota : Jika mandulkan kucing jantan yang sudah dewasa peluang untuk mengurangkan tabiat kencing merata tu hanya 50% sahaja yer..

Tuesday, August 5, 2014

AIDILFITRI 2014

Assalammualaikum w.b.t


Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan pembaca blog meowwmania. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf di atas kesilapan dan keterlanjuran kata yang menyinggung hati samada sedar atau tidak. Saya juga memaafkan semua 0-0 yer :)


Sambutan Aidilfitri tahun ini disambut sederhana bagi memperingati mangsa nahas MH17 dan penderitaan yang dialami penduduk Syria dan Gaza akibat dari peperangan. Rasa simpati dan salam takziah kepada keluarga mangsa nahas MH17. Saya juga mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim bashar al-assad dan rejim zionis laknatullah yang dilakukan kepada penduduk Syria dan Gaza. Peranan kita sebagai orang Muslim adalah dengan mendoakan saudara kita yang dizalimi. Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan, menyebarkan berita tentang apa yang berlaku di sana dan berhenti membeli produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada musuh Islam. Yang pastinya usaha boikot kita sangat terkesan kepada mereka.



Semoga dengan usaha kecil kita ini boleh menjadi jawapan andai di tanya di akhirat kelak, apakah yang telah kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita yang dizalimi. Semoga usaha kecil ini juga dipandang Allah dan mampu menjadi saham akhirat kita. InsyaAllah...


Sambutan Aidilfitri saya kali ini juga terasa suram. Untuk pengetahuan, empat ekor anak bulus kesayangan telah pergi meninggalkan saya. Megat tak panjang umur pergi setelah demam 2 hari. Lepas dibawa ke klinik demam Megat kebah, seminggu lepas tu Megat demam semula, selepas 2 hari Megat pergi menemui penciptanya. Omel, Teteh dan Wira pula menghilangkan diri sehingga ke hari ini.


Kehilangan demi kehilangan, biar pun merasa sedih dan kecewa saya memujuk hati mengatakan ada hikmah di sebalik kejadian ini. Hanya dengan mengingati Dia dapat mententeramkan hati. Tatkala diuji saya merasa semakin dekat padaNya. Sesungguhnya ilmu Allah Maha Luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, PASTI ada hikmah di sebaliknya.


“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”
[al-Hadid, 57:22]


Saya akan terus bersangka baik dengan Allah.
Dan berdoa semoga kemenangan berpihak kepada para mujahiddin Syria dan Gaza, Amin...


All I want is world peace!!