Tuesday, September 23, 2014

Mia & Teja

Share






suka?

Monday, September 22, 2014

Kilang Pahala Yang Juga Jerat Neraka

Share
Oleh Mohd Hassan Adli Yahya
Artikel Kalam Imam Muda - Metro Harian



Saya perhatikan sesuatu perkara menerusi laman sosial akhir-akhir ini, terutama beberapa video ringkas dimuat naik lalu menjadi 'viral'.


Paparan penyeksaan haiwan yang diperlakukan dengan zalim oleh makhluk Allah yang mempunyai akal fikiran itu sendiri. Bertindak zalim terhadap haiwan seolah-olah tidak dapat menggunakan kurniaan akal yang diberikan kepadanya.


Beberapa gambar dan video penyeksaan terhadap haiwan seperti memijak kepala kucing dengan kasut tumit tinggi, menyiat bulu haiwan tanpa rasa belas ihsan, menggoreng ikan yang masih hidup dan sebaginya adalah antara beberapa penyeksaan terhadap makhluk Allah ini.


Selain itu, saya juga terpanggil berkongsi pandangan mengenai mereka yang memelihara haiwan tetapi gagal memberikan 'nafkah' dan penjagaan yang sempurna terhadap haiwan peliharaan itu,


Nafkah terhadap haiwan sememangnya wujud di dalam Islam dan dipanggil sebagai 'nafkah al-bahaim' iaitu kewajipan untuk menyediakan keperluan asas seperti makan, tempat tinggal serta perubatan untuk haiwan peliharaan.


Ramai sebenarnya yang membela haiwan, tidak kiralah sama ada sebagai hobi ataupun untuk perniagaan tetapi pada masa yang sama, memberi layanan ala kadar terhadap haiwan-haiwan berkenaan.


Contohnya membela kucing tetapi membiarkan sangkar kucing itu kotor yang kemudiannya membuatkan kucing sakit. Atau mungkin juga lembu yang tidak diberikan makanan yang sewajarnya apabila gagal menyediakan padang rumput untuk lembu meragut rumput. Ada juga yang membela ikan di dalam kolam tetapi apabila dilihat ke kolam berkenaan, airnya dipenuhi lumut hijau hingga ikan-ikan itu langsung tidak kelihatan.


Perbuatan sebegini juga termasuk di dalam golongan mereka yang bersifat kejam terhadap haiwan. Walau apa juga jenis haiwan, mereka tetap makhluk Allah yang tidak seharusnya diperlakukan sedemikian rupa.


Di dalam sebuah kisah terakam bagaimana seorang wanita diseksa di neraka kerana mengurung kucingnya hingga mati. Rasulullah SAW bersabda "


"Seorang wanita diseksa di neraka kerana kucingnya dikurung sehingga mati. Maka dia dimasukkan ke dalam neraka akibat perbuatannya itu. Dia tidak memberikan makanan dan minuman kepada kucing berkenaan, dan dia juga tidak melepaskannya agar kucing itu dapat makan haiwan melata yang boleh ditangkapnya," (Riwayat Muslim)


Di dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah SAW terlihat seekor unta yang kurus kering. Lalu Rasulullah secara spontan telah menasihatkan tuan unta berkenaan dengan sabda,

"Bertakwalah kepada Allah dalam menguruskan haiwan yang tidak berkata-kata ini. Tunggangi unta ini dan berikannya makan makanan yang baik,"

Kadangkala kita mungkin skeptikal terhadap mengapa perlunya melayan haiwan dengan baik. Bukankah haiwan itu tidak mempunyai akal?


Namun kita mungkin terlupa haiwan juga seperti manusia, mempunyai perasaan seperti lapar, tidak selesa dan juga boleh sakit. Justeru apabila kita mengambil keputusan untuk memeliharanya, kita juga hendaklah bersedia untuk menguruskannya dengan baik agar ia tidak menjadi liabiliti yang boleh menarik kita ke neraka Allah kelak.


Di dalam sebuah kisah, seorang wanita yang terkenal dalam kalangan masyarakat kerana kemaksiatannya telah diampunkan oleh Allah akan dosa-dosanya yang lampau hanya kerana dia mengasihi seekor anjing yang kehausan.


Haiwan juga sebenarnya, jika dilihat dari sudut positif boleh menjadi 'kilang' pahala kepada kita. Setiap wang yang dibelanjakan kepada mereka, setiap rasa belas ihsan kepada mereka serta setiap perkara yang memudahkan urusan mereka sebenarnya bakal menjadi penimbang berat neraca amalan kita pada hari hisab kelak.


Bergitu hebatnya manfaat makhluk Allah yang tidak mempunyai akal ini. Sekalipun kita bukan jenis yang menyukai haiwan, ia bukanlah alasan untuk bertindak kejam terhadap mereka.





"Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit". (Riwayat at-Tabrani)


suka?

Sunday, September 21, 2014

Tanggal Gigi

Share



Haa...tengok ni. Tahu tak apa mendenya nih? Ini lah gigi kucing atau lebih tepat lagi gigi si Teja hehe.. Mummy jumpa atas sofa bed tempat Teja selalu melepak tengok tv. Bila nak tukar alas sofa tu baru mummy perasan, mula-mula ingatkan tulang ikan. Tapi pelik la jugak dari mana pulak bebudak ni dapat ikan. Sekali tengok-tengok rupanya gigi kikiki~





Patut la perasan macam si Teja tak selesa. Asik macam mengunyah-ngunyah saja. Bila mummy bukak mulutnya, nampak lagi sebatang gigi dah senget. Terus mummy cabut.


dah ada gigi baru yang tumbuh


Macam manusia, kucing pon ada gigi susu. Gigi susu kucing mula tumbuh ketika kucing berusia 4 minggu. Dan gigi susu akan mula tanggal ketika berusia 11-30 minggu. Biasanya ketika berumur 6-7 bulan keseluruhan gigi susu telah berganti dengan gigi kekal yang berjumlah 30 batang gigi kesemuanya.


Pejam celik pejam celik dah dekat 6 bulan Teja dan Suria dua-beradik ni dalam jagaan mummy. Kejap jer kan.. Tengok telor si Teja tu pon macam dah berpotensi untuk disunatkan kekeke... Suria pulak kecik molek jer badannya tak seperti Teja. Maklum la betina, jaga makan katanya...





suka?