Sunday, October 25, 2015

Mia & Min

Share







suka?

Sunday, October 18, 2015

Like I'm Gonna Lose You

Share
video



I'm gonna love you
 
Like I'm gonna lose you
 
I'm gonna hold you
 
Like I'm saying goodbye 

Wherever we're standing
 
I won't take you for granted 

'cause we'll never know when
 
When we'll run out of time 

so I'm gonna love you
 
Like I'm gonna lose you

I'm gonna love you

Like I'm gonna lose you...

suka?

Tuesday, August 25, 2015

Aton & Atin

Share


Al-kisahnya walaupon budak Aton dan Atin dah lama datang makan kat rumah mummy, mereka masih lagi takut-takut. Bebudak jebon pon selalu amik kesempatan atas ketakutan dorang tu, makin takut makin suka disakatnya. Bila time makan terngendap-ngendap nak masuk rumah, yang paling Aton dan Atin takutkan adalah budak ni...


Kirana ni garang nak die! Kadang gerammm mummy tengok dia, tak ubah-ubah perangai. Iki ni paling pantang kalau nampak Aton dan Atin datang, mesti nak diperambatnya. Tak tau lah apa sebenarnya masalah Iki dengan budak berdua tu. Padahal masa Aton dan Atin pantang beranak, dorang berdua tu duduk dalam rumah sampai lah anak-anaknya putus menyusu.  Nak kata tak kenal, memang dah kenal sangat-sangat. Haihh tak tau lah...


Jadinya mummy terpaksalah perhatikan Aton dan Atin sampai dorang selesai makan. Lepas makan Aton dan Atin cepat-cepat nak keluar rumah memandangkan jembalang hitam yang sekor tu dah menderam-deram.



Begitulah rutin harian Aton dan Atin, mereka akan balik ke rumah hanya pada waktu makan. Kesian kan..

suka?

Sunday, August 2, 2015

Ragam Raya 2

Share
Assalammualaikum :)

Selamat Hari Raya!!

Haa..masih dalam mood raya lagi kan. Kalau kat Johor ni raya memang sebulan, selagi bulan Syawal selagi tulah galak beraya. Tak cukup hari minggu, time lunch waktu bekerja pon sempat lagi pergi rumah terbuka HAHA!


Cerita pasal rumah terbuka, semalam mummy pergi ke rumah terbuka jiran sekampung. Pergi berdua jer dengan mak. Sambil-sambil makan sambil-sambil bertegur sapa beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Ada la berbual dengan sorang makcik ni, dia tanya mak..

Makcik : " anak ker..?"
Mak : " iyer.."
Makcik : " Ooo..belajar lagi ker..?"
Mak : " eh! takde lah..dah keje, anak sulung saya ni.."
Makcik : " Ooooo......."

Kemain panjang muncung makcik tuu. Situasi kedua pula ketika bersalam-salaman nak balik. Ada sorang lagi mokcik menegur..

Mokcik : " ni siapa..?"
Mak : " anak saya.."
Mokcik : " Oooo..dah beso anak dia"

Ni bukan beso lagi, ni dah masuk kategori tua bangka dah mokcik oii... Situasi2 macam ni menimbulkan kemusykilan pada mummy. Adakah mummy nampak muda ataupon mak mummy yang awet muda.? Hmmm musykil..musykil...





Kepada pengkomen dan pengkritik sekalian tak perlulah susah-susah nak menjawab kemusykilan mummy tu. Mummy hanya sekadar bermonolog sendiri, mummy tak perlukan komen-komen jujur anda sekalian.

Sekian, harap maklom!





p/s: macam dah terasa-rasa panas kat telinga ni hehh!

suka?

Sunday, July 26, 2015

10 Syawal

Share
Assalammualaikum...Selamat Hari Raya Ke 10 hehe..

Hari ni mummy raya yeayy!! Samat ari rayeeee.... Alhamdulillah diberi kesihatan dan kelapangan selesai buat puasa 6 pada Syawal ke 9 semalam.



Hari ni jugak hari lahir mummy tau... 
Okayy tu jer nak bagitu kikiki~

suka?

Monday, July 20, 2015

Ragam Raya 1

Share
Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Hari Raya!! :)

Dikesempatan ini mummy dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog meowwmania ni dan kepada semua yang mengenali mummy. Mummy mohon maaf atas segala salah silap samada yang disengajakan atau tidak. Kot kot ada penulisan dan perbuatan mummy yang menyinggung sesiapa. Dan mummy dengan rasa lapang dada memaafkan semua juga. Sama-samalah kita saling maaf-memaafi yerk..


Tahun ni mummy tak amik cuti raya pon, sebelum raya tu jer amik dua hari. Hari ni raya keempat mummy dah mula bekerja. Tahun ni beraya ala kadar jer tunggu tahun depan nak beraya sakan kalau ada umur insyaAllah hehe..

Oleh kerana mummy dah mula bekerja, pesan lah kat si MinTomin tu soh tunggu rumah kot kot ada org datang beraya tapi lain pulak jadinya...








suka?

Monday, July 13, 2015

Ragam Ramadhan 7

Share








p/s: tiga hari lagi nak raya oii...

suka?

Sunday, July 12, 2015

Ragam Ramadhan 6

Share








suka?

Tuesday, July 7, 2015

Ragam Ramadhan 5

Share




suka?

Sunday, July 5, 2015

Ragam Ramadhan 4

Share





suka?

Thursday, July 2, 2015

Ragam Ramadhan 3

Share







suka?

Tuesday, June 30, 2015

Ragam Ramadhan 2

Share








“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad). 

Suatu hari, selesai solat berjamaah, Rasulullah duduk bersama para sahabatnya di salah satu sudut masjid.

Tiba-tiba datang seorang laki-laki ke sebuah sudut lain dan langsung mengerjakan solat sendirian. Dalam solatnya orang itu ruku dan sujud dengan cara seperti mematuk-matuk (sekejap-sekejap) karena terburu-buru.

Melihat hal itu, kemudian Rasulullah berkata kepada para sahabatnya :

“Apakah kalian menyaksikan orang ini?
Barang siapa meninggal dalam keadaan (solatnya) seperti ini, maka ia meninggal di luar agama Muhammad” 
Nabi Saw kemudian memperumpamakan orang itu seperti burung gagak yang sedang mematuk darah dan seperti orang lapar yang hanya makan sebutir atau dua butir kurma.

”Bagaimana ia boleh kenyang?” , tanya baginda.

Sikap terburu-buru dalam solat, hingga merusak gerakan dan makna solat, termasuk perbuatan dosa.

Hal itu sama saja dengan memusnahkan thoma'ninah yang merupakan salah satu rukun solat. Padahal, tidak ada solat tanpa melengkapi rukun-rukunnya.

Jadi, dengan tidak dipenuhinya thoma'ninah, solat bukan sekadar tidak sah, tetapi solat itu dianggap tidak ada.

Allah bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti itu dengan kutukan bahawa mereka akan celaka. Sebabnya, dengan meninggalkan thoma'ninah, mereka sudah lalai dalam solat (QS Al-Ma'un: 4). 

Mengapa Allah dan Nabi saw mencela dan mengancam perbuatan itu, sampai disamakan dengan mencuri?

Sebab, solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. Hubungan khusus itu mengandung makna penghambaan dan penghormatan kepada Pemilik kehidupan, Allah yang Maha Agung.

Membuang thoma'ninah merupakan bukti bahwa orang yang melakukan solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan penghormatan terhadap Allah, bahkan hal itu juga termasuk penghinaan.

Dalam hubungan antara sesama manusia saja terdapat budaya sopan santun, terutama terhadap yang lebih tinggi kemuliaannya. Justeru, apatah lagi terhadap Allah yang telah memberikan kepada manusia segala kenikmatan dalam kehidupannya.


suka?

Wednesday, June 24, 2015

Ragam Ramadhan 1

Share

Apabila seorang wanita yang TIDAK BOLEH berpuasa 
cuba meneguk air untuk menghilangkan dahaga :D

suka?

Tuesday, June 23, 2015

MinTomin Si Gadis Manissss

Share




suka?

Monday, June 22, 2015

Si Pemburu kembali lagi

Share







suka?