Thursday, January 15, 2015

Bila si anak berjauh hati

Share







Dah sebulan Indah bersama mummy, sebulan jugaklah Arjuna dan Kirana tak suka masuk rumah. Juna nak jugak lah dia masuk dalam rumah sendiri bila nak makan, tapi Kirana langsung tak nak. Mummy terpaksa dukung bawak masuk setiap kali waktu makan. Keras hati betul budak sekor ni, sanggup berlapar tak makan kalau tak dijemput masuk.


Kadang mummy sedih tengok dorang duduk kat luar tu, berhujan berpanas. Memang ada tempat berlindung kat stor belakang rumah tu, tapi sedih hati bila tengok dorang lebih rela duduk berlindung kat situ dari masuk ke dalam rumah.


Tak tahu lah sampai bila budak berdua ni nak berjauh hati, merajuk dengan mummy. Macam-macam cara dah mummy cuba, mandi guna shampoo yang sama. Mummy cuba gosok badan Indah kemudian gosok badan yang lain utk biasakan bau Indah pada mereka. Yang lain dah lembut hati terima Indah, tinggal budak berdua ni jelah. Susah hati mummy :(

suka?

4comments: