Wednesday, January 21, 2015

Buat perangai

Assalammualaikum & Salam 1Malaysia

Apa khabar pembaca blog meowwmania semua?
Aku tanya apa khabar...
Aku tanya apa khabaarr...
Aku tanya apa khabar semuaaaa
Eh! jawab lah mummy tanya tuu..ekeke
Diharap dan didoakan moga semua berada dalam keadaan sihat dan dilindungi oleh-Nya sentiasa, aamin...

Mummy dan bebudak jebon alhamdulillah semuanya sihat-sihat belaka. Keadaan bertambah baik cuma ada la sekor dua yang degil, keras hati. Haa..kalau yang buat perangai, ramai! Saje la nak menguji kesabaran mummy khenn...

Cerita pasal buat perangai, ni haa mummy nak bagitahu perangai si KakakBaby sejak akhir-akhir ni. Boleh pulak hobi baru dia suka tidur kat dalam jamban si Indah. Geram betul mummy. Padahal KakakBaby tu pembersih orangnya kucingnya. Tiba-tiba sekarang ni buat perangai suka duduk dalam jamban haihh..tak paham betul.


Pernah sekali tu, mujur lah mummy belum masuk tidur. Tengah menonton tv, tiba-tiba dengar Indah bising-bising kat dapur. Ingat kan kenapa, bila mummy tengok rupanya Indah marah KakakBaby duduk dalam jamban dia. Bila mummy keluarkan KakakBaby terus meloncat si Indah masuk dalam jamban. Patut la bising-bising dah tak tahan sangat nak terkencing hehe..kesian.


Jadi sekarang ni malam terpaksa la mummy kurung Indah dalam cage untuk elakkan dari KakakBaby masuk cage Indah. Cuma siang jelah mummy tak kunci cage tu, kesian pulak Indah terkurung dalam cage siang malam. Setakat ni takde lagi la nampak Indah melepas bersepah walaupan KakakBaby selalu curi-curi masuk tidur dalam jamban dia. Camana dorang deal mummy pon tak tahu huhuu.. Cuma yang mummy perasan kalau ada poo memang KakakBaby tak akan masuk, tapi kalau setakat pee Indah selamba jelah grrrr...








No comments: