Wednesday, March 4, 2015

Selamat Tinggal Adudu...

Share
Kejadian pagi tadi, abah yang perasan Adudu terbaring di atas rumput sudah tidak bernyawa. Tiada sebarang luka luaran di badan Adudu, tubuhnya juga masih lembut. Tapi apabila diangkat darah keluar dari mulut menandakan Adudu mengalami kecederaan dalaman yang teruk hingga membawa maut. Kemungkinan Adudu di langgar di bahagian kepala.


Minta maaf kerana mummy tak dapat tunggu Adudu dikebumikan tadi. Mummy tak sanggup nak mengadap Adudu. Mummy terkejut. Hati mummy sakit, sakit sekali. Adudu dah takde, Adudu dah pergi tinggalkan mummy. Mummy sayang Adudu, mummy minta maaf sayang...



Maafkan mummy jika ada kekurangan sepanjang menjaga kamu. Kamu akan sentiasa diingati, kamu selalu di hati mummy. Kembalilah kamu kepada Pencipta Yang Satu, doa mummy moga kita diizin bertemu lagi di sana nanti..


video


suka?

10comments: