Tuesday, April 21, 2015

CAK!! Malu nak cakap, ada entri baru thehehe...

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada para-para dan pari-pari pembaca blog bersawang meowwmania. Terima kasih pada yang bertanya khabar blog ni sebab mummy pon macam dah terlupa ada blog hehe. Dah berkurun rasanya tak jengah blog sendiri. Padahal banyak jer kisah-kisah jejebon yang berlaku selama hari ni, cuma mummy tak sempat nak abadikan dalam blog.

Jebon yang paling kecik si Indah tu pon dah beso. Lebih kurang 5 bulan dah mummy jaga dia, tak lama lagi cukup haul nak kena zasss ekeke.. Alhamdulillah jejebon yang lain dah boleh terima Indah seadanya. Arjuna pon dah duduk menetap dalam rumah balik. Cuma Kirana sampai sekarang masih menyimpan dendam kesumatnya terhadap Indah. Sanggup dia duduk dekat stor tu dari masuk ke dalam rumah. Dah tak boleh nak buat apa dah, mummy pon tak kuasa nak pujuk budak tak makan pujuk ittew. Sukati kamu lah Kirana oii..janji kamu ada depan mata mummy, tak merajuk pegi jauh-jauh.

Si Momon pulak kejenya asik nak cari gaduh. Hari-hari tawap keliling rumah jaga kawasan, kalau ada yang tersesat masuk kawasan dia memang selamat kena belasah. Kalau takde kucing liar masuk adik-adik dia pon dia bedal, menguji kesabaran betol budak Momon sekor ni haihh... Pernah jugak kalah, balik rumah cedera parah terbaring mencungap. 3 hari MC duduk dalam rumah tak keluar. Tapi tak serikkk..sihat karang sambung jadik gengster balik.

Arjuna pulak rajin memburu. Dapat hasil bawak balik rumah bagi adik Indah dia, baik hati betol. Mummy ni yang sakit hati, bangun pagi nanti nampak la mangsa dah dihurung semut. Si Suria pon dah mengikut perangai Juna, yang tak bestnya Juna bawak burung Suria pulak bawak cicak atau lipas. Mummy gelikkkk!!







Tapi tulaa, walobagemanapon perangai dan sikap dorang ni. Kite tetap sayang kan. Bila tengok memasing selera makan, hati tu berbunga-bunga suka. Bahagia jer rasa bila tengok anak-anak sihat. Bila ada salah sekor yang tak selera makan mulalah risau tu bersarang. Susah hati cepat-cepat nak rawat supaya mereka cepat-cepat sihat.





Bila time budak-budak ni tidur pulak, melimpah-ruah rasa sayang tu. Suci jer muka memasing. Nanti mummy suka la usap-usap cium-cium bila dorang tidur. Rasa sayanggg sangat!

TAPII.......



Karang bila terjaga, memasing buat perangai...tanduk mummy pon mulalah keluar huargggg!!!! Mummy jadik hulk kaler pink ngeee~








Bila mummy dah tranform jadik hulk tu pandai lak memasing buat muka tak bersalah. Inesen jer muka memasing bila kena bebel padahal dorang paham tu apa yang mummy bebelkan.

 Kang bila mummy dah geram n penat bersihkan rumah, mummy buat tak paham jer malas nak layan. Mulalah sekor-sekor datang mengesel mintak maaf. Muka dah la comel! Geram geram pon takleh nak abaikan mesti kalah. Geram!


Korang paham mummy tak??

6 comments:

Ms J said...

Paham sangattt....
Muah ciked!

kucen master said...

tuan tanah malu nak cakap,
terpaksalah saya baca sambil buat muka malu malu

aby said...

salam mm ..
faham sangat maksud tu ..
wlupun blog meow kita sepi tk semestinya kita juga sepi dr meow2 tu..
malah lg meriah dengan bertambah jebon2 yg baru kan.

tunfatimah said...

paham sgt......suka tgk budak2 tembam ni...mcm cempedak sekor2

cahayadelia said...

Momonnn..

ctpayong said...

so true...indeed.
love them like crazy.
memalam pun sanggup bangun kalu dengo sore mereka gaduh...lintang pukang macam tak cukup tanah nak leraikan.

cats story that we share....