Monday, April 27, 2015

Cerita puasa & Jaga Reban Ayam

Assalammualaikum!

Hari ni dah 8 Rejab, sekejap jer kan. Pastu Syaaban pastu Ramadhan pastu Syawal pergh! pantas betol masa berlalu. Ramadhan tu tak kisah sangat tang bulan Syawal tu, bercintanya nak buat persiapan ahaha..boleh gitu?

Haa korang korang ni dah ganti puasa ke belom? Mummy dah settle bayar hutang bulan Syawal tahun lalu, sesambil bayar hutang tu dapat la sedikit pahala puasa enam tak gittew. Nak buat asing asik tak kesampaikan saje, dapat sikit pon jadi lah ehee..


Arjuna in da house yo! Seronok mummy tengok budak Juna ni dah kembali duduk dalam rumah. Perhubungan Juna dengan jejebon lain pon dah kembali terjalin semula. Dah kembali mesra macam dulu, makan sesama, tidur semasa, main sesama.

Masa Juna kekecik dulu dia paling suka tidur kat kabinet tv tu. Sekarang ni pon Juna masih suka tidur atas kabinet tu. Masih tak lupa tabiat lama dia, kadang-kadang sampai tergolek jatuh akibat syok sangat tido, gelihati mummy menengoknya.

Dengan Indah sekarang pon dah jadik bestpren. Dapat hasil memburu mesti bawak balik bagi adik Indah dia. Nanti melenting-lenting lah si Indah tu main. Tiba time Juna nak bergurau dengan Indah, lintang-pukang rumah jadinya, dengan sofa dengan kerusi makan semua boleh beralih. Ganas betol budak berdua tu kalau bermain. Kalau Kirana tahu mesti jeles hehe..










No comments: