Sunday, August 2, 2015

Ragam Raya 2

Share
Assalammualaikum :)

Selamat Hari Raya!!

Haa..masih dalam mood raya lagi kan. Kalau kat Johor ni raya memang sebulan, selagi bulan Syawal selagi tulah galak beraya. Tak cukup hari minggu, time lunch waktu bekerja pon sempat lagi pergi rumah terbuka HAHA!


Cerita pasal rumah terbuka, semalam mummy pergi ke rumah terbuka jiran sekampung. Pergi berdua jer dengan mak. Sambil-sambil makan sambil-sambil bertegur sapa beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Ada la berbual dengan sorang makcik ni, dia tanya mak..

Makcik : " anak ker..?"
Mak : " iyer.."
Makcik : " Ooo..belajar lagi ker..?"
Mak : " eh! takde lah..dah keje, anak sulung saya ni.."
Makcik : " Ooooo......."

Kemain panjang muncung makcik tuu. Situasi kedua pula ketika bersalam-salaman nak balik. Ada sorang lagi mokcik menegur..

Mokcik : " ni siapa..?"
Mak : " anak saya.."
Mokcik : " Oooo..dah beso anak dia"

Ni bukan beso lagi, ni dah masuk kategori tua bangka dah mokcik oii... Situasi2 macam ni menimbulkan kemusykilan pada mummy. Adakah mummy nampak muda ataupon mak mummy yang awet muda.? Hmmm musykil..musykil...





Kepada pengkomen dan pengkritik sekalian tak perlulah susah-susah nak menjawab kemusykilan mummy tu. Mummy hanya sekadar bermonolog sendiri, mummy tak perlukan komen-komen jujur anda sekalian.

Sekian, harap maklom!





p/s: macam dah terasa-rasa panas kat telinga ni hehh!

suka?

7comments: