Monday, March 23, 2015

DAULAT TUANKU




Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah kepada

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA’ZIM

Sempena Istiadat Kemahkotaan Baginda pada 23 Mac 2015 bersamaan 2 Jamadilakhir 1436

Semoga Allah melanjutkan usia Tuanku


Thursday, March 5, 2015

RASA

Kadang kita rasa kita dah buat yang terbaik untuk apa yang kita sayang.

Kita pilih, kita cari tahu segala-gala yang terbaik untuk kita berikan pada mereka.

Kita rasa kita dah pilih yang terbaik.

Kita rasa kita dah buat yang terbaik.

Tapi kadang-kala bila sesuatu yang tak dijangka berlaku, kita tak boleh nak mengelak dari rasa bersalah. Kita rasa apa yang kita buat selama ni belum cukup baik sehingga apa yang kita takutkan itu berlaku. Kita akan mula berfikir, "kalau lah begitu...kalau lah begini.." dan sebagainya. Bukan menidakkan takdir cuma mungkin kerana diri masih terkejut dan dalam kesedihan. Sebagai manusia biasa rasa terkilan tu memang ada tapi kita kena cuba menerima takdir Allah dengan sebaik-baiknya.  




Redup pandangan mata Adudu yang mummy tak akan lupakan sampai bila-bila.

Mummy rindu Adu...

Wednesday, March 4, 2015

Selamat Tinggal Adudu...

Kejadian pagi tadi, abah yang perasan Adudu terbaring di atas rumput sudah tidak bernyawa. Tiada sebarang luka luaran di badan Adudu, tubuhnya juga masih lembut. Tapi apabila diangkat darah keluar dari mulut menandakan Adudu mengalami kecederaan dalaman yang teruk hingga membawa maut. Kemungkinan Adudu di langgar di bahagian kepala.


Minta maaf kerana mummy tak dapat tunggu Adudu dikebumikan tadi. Mummy tak sanggup nak mengadap Adudu. Mummy terkejut. Hati mummy sakit, sakit sekali. Adudu dah takde, Adudu dah pergi tinggalkan mummy. Mummy sayang Adudu, mummy minta maaf sayang...



Maafkan mummy jika ada kekurangan sepanjang menjaga kamu. Kamu akan sentiasa diingati, kamu selalu di hati mummy. Kembalilah kamu kepada Pencipta Yang Satu, doa mummy moga kita diizin bertemu lagi di sana nanti..