Tuesday, August 25, 2015

Aton & Atin

Share


Al-kisahnya walaupon budak Aton dan Atin dah lama datang makan kat rumah mummy, mereka masih lagi takut-takut. Bebudak jebon pon selalu amik kesempatan atas ketakutan dorang tu, makin takut makin suka disakatnya. Bila time makan terngendap-ngendap nak masuk rumah, yang paling Aton dan Atin takutkan adalah budak ni...


Kirana ni garang nak die! Kadang gerammm mummy tengok dia, tak ubah-ubah perangai. Iki ni paling pantang kalau nampak Aton dan Atin datang, mesti nak diperambatnya. Tak tau lah apa sebenarnya masalah Iki dengan budak berdua tu. Padahal masa Aton dan Atin pantang beranak, dorang berdua tu duduk dalam rumah sampai lah anak-anaknya putus menyusu.  Nak kata tak kenal, memang dah kenal sangat-sangat. Haihh tak tau lah...


Jadinya mummy terpaksalah perhatikan Aton dan Atin sampai dorang selesai makan. Lepas makan Aton dan Atin cepat-cepat nak keluar rumah memandangkan jembalang hitam yang sekor tu dah menderam-deram.



Begitulah rutin harian Aton dan Atin, mereka akan balik ke rumah hanya pada waktu makan. Kesian kan..

suka?

Sunday, August 2, 2015

Ragam Raya 2

Share
Assalammualaikum :)

Selamat Hari Raya!!

Haa..masih dalam mood raya lagi kan. Kalau kat Johor ni raya memang sebulan, selagi bulan Syawal selagi tulah galak beraya. Tak cukup hari minggu, time lunch waktu bekerja pon sempat lagi pergi rumah terbuka HAHA!


Cerita pasal rumah terbuka, semalam mummy pergi ke rumah terbuka jiran sekampung. Pergi berdua jer dengan mak. Sambil-sambil makan sambil-sambil bertegur sapa beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Ada la berbual dengan sorang makcik ni, dia tanya mak..

Makcik : " anak ker..?"
Mak : " iyer.."
Makcik : " Ooo..belajar lagi ker..?"
Mak : " eh! takde lah..dah keje, anak sulung saya ni.."
Makcik : " Ooooo......."

Kemain panjang muncung makcik tuu. Situasi kedua pula ketika bersalam-salaman nak balik. Ada sorang lagi mokcik menegur..

Mokcik : " ni siapa..?"
Mak : " anak saya.."
Mokcik : " Oooo..dah beso anak dia"

Ni bukan beso lagi, ni dah masuk kategori tua bangka dah mokcik oii... Situasi2 macam ni menimbulkan kemusykilan pada mummy. Adakah mummy nampak muda ataupon mak mummy yang awet muda.? Hmmm musykil..musykil...





Kepada pengkomen dan pengkritik sekalian tak perlulah susah-susah nak menjawab kemusykilan mummy tu. Mummy hanya sekadar bermonolog sendiri, mummy tak perlukan komen-komen jujur anda sekalian.

Sekian, harap maklom!





p/s: macam dah terasa-rasa panas kat telinga ni hehh!

suka?