Monday, March 14, 2016

Apa khabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa. Minta-minta semuanya di dalam sihat sejahteraa~~

HAI!

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog meowwmania. Eh ada lagi ker pembaca ekeke.. Berzaman kot tak update blog. Mood update blog bukan setakat ke laut rasanya dah sampai ker Planet Marikh kot NGEEE~~~


Sebenarnya banyak cerita jejebon ni kalo mummy nak cerita, gambo pon ada beratus kat dalam phone tuh. Cumanya ermm...takyah la bagi alasan banyak2, senang cerita M.A.L.A.S kahkahkah!


Ada yang bertanya soalan di ruang komen, mummy mintak maaf banyak2 tak reply sebab mummy pon jaraaanggg sangat bukak. Cuma mummy harap kalau kucing anda sakit segeralah bawa ker klinik dan rujuk kepada doktor yang lebih pakar. Jangan tunggu jawapan dari mummy yer sebab mummy sendiri pon bawa ke klinik bila jejebon ni jatuh sakit.


Bercerita pasal sakit, baru-baru ni Momon jatuh sakit. Mummy terus bawa Mon ke klinik bila perasan dia murung dan tak mahu makan. Vet kata  dia demam biasa tapi yang mummy risaukan Momon masih tak selera makan walau demam dia dah baik. Badan Mon susut gara-gara dia tak berselera makan. 


Kibbles, wetfood pon tukar-tukar jenama punyalah nak pujuk dia makan. Ayam ikan yang rebus yang goreng pon mummy cuba. Habis ubat yang vet bagi mummy sambung bagi Vetri DMG dan air zamzam, hari-hari mummy bagi.

Dan Alhamdulillah akhirnya selera makan Mon semakin pulih, Momon dah mula minta makan sendiri. Hepinya mummy masa Mon mengiau depan mangkuk dia yang kosong minta diisi, rasa syukur sangat2. Masa sakit hari tu makanan dah letak depan idong pon dia buat tak tau jer, bila makan tu pon macam nak tanak jer terkulat-kulat dia nak telan.

Sekarang Momon masih dalam proses pemulihan, selera makan pon dah semakin pulih. harapnya kembali pulih 100% seperti sediakala. Sedih bila tengok badan Momon yang kecik tu, sedih bila tengok dia tak berselera makan. Kalau dulu dia lah yang tukang menghabiskan makanan jejebon lain. Malam sebelum masuk tido mummy bawak masuk semangkuk kibbles dan air untuk Momon sebab Momon selalu bangun malam dan makan. Esok paginya bangun jer dari tido Momon terus berdiri depan mangkuk kosong minta diisi.

Kadang mummy berbunyi jugak, "kamu ni Mon makan tak baca bismillah ker..tak kenyang kenyang.." Sekarang bila tengok Momon tak selera makan rasa menyesal cakap macam tu. Mummy janji mummy takan lagi cakap camtu kat Momon. Mummy doakan agar Mon terus sihat, kuat dan kembali pulih seperti sediakala. Jangan buat mummy risau yer Mon...












4 comments:

Saiful Leena said...

haah..nampak runcing je muka Mon..

aby said...

salam mm ..
tahniah masih menghidupkan blog dunia kucing yg kian suram.
agak lama blog sepi dari kisah kucing ni ..
sama la dengan aby .. datang malas nya..
apapun moga Mon segera semboh dan sihat seperti sedia kala..

saya said...

Hello mommy mon... aunty cun ni..hehehe lama betul kita tak bersua di alam blog ni ye. I pun sama la lama dah x tulis2.. anyway.. just to say hello and hope dapat berborak lagi nanti. Hugs & kisses to all anak bulus disana..jauh di mata dekat di hati.

daniel danish said...

Wah. Bagusnya ada blog kucing. Teruskan!


Jemput ke blog saya.
http://cikdanishworld.blogspot.my/2016/04/powercat-makanan-kucing_18.html?m=0