Tuesday, May 3, 2016

Indah...terima kasih kerana mengindahkan hari-hari mummy

Indah anak mummy yang paling bongsu juga telah pergi tinggalkan mummy. Kisah Indah bermula apabila pada satu pagi mummy perasan Indah masih tido walaupon jejebon yang lain sedang makan. Pelik sangat kelaku Indah ketika itu dan mummy dapat agak ada sesuatu yang tak kena. Pagi tu mummy suapkan Indah vetri DMG dan air zamzam dengan harapan Indah cuma tak sedap badan sahaja.

Masuk hari ketiga Indah mula menjilat-jilat badan. Indah tak mahu makan kibbles jadi mummy bagi Indah wetfood bersama air zamzam. Tak kisahlah janji Indah mahu makan. Tapi kegembiraan mummy tak lama, dua hari lepas tu mummy perasan kaki Indah bengkak dan dia berjalan terhincut-hincut. Bila mummy pegang kakinya Indah menderam menandakan dia sakit. Bila mummy belek-belek rupanya ekor Indah juga bengkak dengan kesan nanah yang telah pecah. Pengalaman dengan jejebon lain bila bengkak bernanah ni disebabkan kesan gigitan kerana bergaduh. Tapi bila mana nanah tu dah pecah akan kurang sakitnya. Tapi nampaknya ada sesuatu yang lebih serius berlaku pada Indah. 

Mummy bawa Indah ke klinik, mummy jelaskan pada vet apa yang mummy tahu, mummy ceritakan dari mula dia demam hingga keadaan kaki Indah bengkak, Indah tak muntah dan tak cirit dan dia boleh kencing dan berak seperti biasa. Doktor meminta supaya mummy tinggalkan Indah di klinik untuk rawatan dan membuat sinaran xray untuk kaki Indah. 

Hari ketiga vet bagitahu mummy Indah semakin lemah, tak mahu makan dan susah bernafas. Indah juga tak respon pada rawatan yang diberikan. Vet suspected septicemia atau kuman dalam darah. Mungkin Indah digigit haiwan berbisa, tapi doktor kata bukan ular. Mummy pon tak pasti apa sebenarnya yang berlaku pada Indah.


25/04/2016 11.58AM mummy terima berita sedih dari vet mengatakan Indah sudah tiada Allahu... Sedih mummy tentang kehilangan Momon belum pon reda, kini mummy diuji semula. Air mata tumpah lagi, perasaan sedih bertimpa-timpa membuatkan mummy merasa lemah tak berdaya.

Mummy menangis semahu-mahunya sehingga mummy berasa lega. Kemudian mummy kumpul kekuatan mengesat airmata dan memandu ke vet untuk mengambil Indah. Sepanjang perjalanan pandangan kabur dek airmata yang sepertinya tak habis-habis. Tak mampu rasanya mummy nak menganggung kesedihan ini, terbayang wajah Momon dan Indah bersilih ganti.

Mummy letak Indah di atas riba sepanjang memandu pulang ke rumah. Mummy menangis teresak-esak seperti budak kecil. Hilang malu walau dipandang orang yang memandu di kiri dan kanan mummy ketika itu. Rasa sedih seperti mahu mati! Sedih sekali...

Kesedihan di atas kehilangan Mon dan Indah tak dapat mummy gambarkan dengan kata-kata. Mummy dekatkan diri pada Dia, mummy mengadu pada Dia, mummy mintak pada Dia supaya beri mummy kekuatan kerana jujurnya ketika itu mummy terasa begitu tak berdaya.

Selain keluarga hanya beberapa rakan rapat yang mengetahui berita ini, mereka lah yang banyak memberi kata-kata semangat kepada mummy. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama mummy. Terima kasih juga kepada semua pembaca dan pengikut blog ini kerana berkongsi kesedihan bersama mummy. Terima kasih di atas doa kalian, mummy amat menghargainya. Terima kasih!


Indah
03/12/2014 ~ 25/04/2016

5 comments:

Juls Julie80 said...

sabar byk2 yer mommy..sama la kita...Rusty & Cheesedale mati thn lps pun x nak update kat FB & blog..rasa x sanggup...sampai skrg klu tgk gambar2 dorg...air mata laju jer nak turun...

pilu...

skrg tinggal chester gendut & chello jer la buah ati... x dpt bayangkan kalau mereka pun bakal mnyusul...

:'(

Salhah Suhot said...

I am crying too..

e.t.t.y said...

huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sedih.....!!!!

linda said...

Sabar ye mommy *sedihhhh*

ctpayong said...

Allaahu Rabbi

Sabar ya mommy