Monday, October 10, 2016

Salam Rindu

Assalammualaikum.....

Yuhuuu...helo! Ada orang tak..??


Sunyi sepi jer blog ni kan..kadang-kadang rindu zaman kegemilangan blog dedulu, memang meriah. Ada masa rajin tu hari-hari update blog pastu jalan-jalan blog geng kucing. Seronok baca cerita kawan-kawan kucing, memang boleh menghiburkan hati.


Tapi sayang zaman tu dah berlalu. Dunia blogging dah semakin dilupakan. Kalah dengan media sosial lain seperti Instagram, Facebook dan lainnya. Mungkin dengan Ig atau FB lebih cepat dan mudah kite nak share sesuatu kan?  Zaman sekarang ni apa-apa semua nak yang mudah yang cepat, dah senang nak senang lagi dah mudah nak mudah lagi. Takyah cakap orang lain, mummy sendiri pon macam tu kehkeh..


Yang sebenornya mummy sendiri pon dah berkurun tak bukak blog ni, bila bukak banyaknya komen soalan yang tak berjawab. Mummy mintak maaf banyak-banyak. Harap yang bertanyakan soalan dah mendapat jawapan tanpa menunggu jawapan daripada mummy yer..


Tapi apa pon mummy masih sayangkan blog ni. Dengan blog ni mummy dapat kenal ramai kawan-kawan kucing. Dan kebanyakkan kawan-kawan kucing tu masih kekal berkawan sehingga sekarang. Terima kasih pada blog meowwmania ni HEHE!


Sebagai tanda terima kasih mummy pada blog ni, mummy hadiahkan header baru HAHA! Niat hati nak ubah header, ubah background, ubah layout segala bagai. Saja la nak kasi tukar baju, dah bertahun pakai baju yang sama, buruk dah. Tapi setakat ni cuma header jer bertukar yang lain tu hmm..nanti-nanti lah dulu hihuu~


Akhir kata sambut lah salam sayang, salam rindu mummy untuk semua yang pernah menjadi pembaca blog meowwmania ini. 



meowwmania sayang kamu muahh!!

4 comments:

Juls Julie80 said...

salam MM..

hehehe header baru ekk..

kite pun dah lama x tukar header baru kat blog anak bulus tu..asik sibuk ngan blog pesenel jer..tu pun memanjang krg uptede... bila gmbr ilang dr hp..mula sedih berbulan2..huhuhu

Saiful Leena said...

Kita setia baca blog mummy tau..

Zul Azizi said...

Batul tu...Zaman blog hampir semakin di lupakan..Apa-apa pun akan update melalui facebook. Sayang tau dengan blog juga kita boleh perbaiki mutu penulisan. Kalau facebook tu untuk tujuan info viral jer kot? Anyway happy blogging :)

ULtradya said...

betul tu...dulu2 blog mmg jd tempat luahan perasaan or tmpt karangan panjang lebar..hahahah....rndu zaman blogging...kekangan masa skg buat ramai dh malas nak menaip