Monday, April 25, 2016

Momon kesayangan mummy selamanya...

Share
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca dan pengikut blog meowwmania. Dengan sedihnya mummy nak bagitahu anak kesayangan mummy, buah hati pengarang jantung mummy si Momon dah tiada.

Momon menghembuskan nafas terakhirnya semalam lebih kurang jam 7 petang. Mummy berada di samping Momon sepanjang masa sebelum Momon pergi meninggalkan mummy untuk selamanya. Mummy berada di situ mengadap Momon ketika nazak sebelum nafas terakhirnya. Betapa keadaan itu amat menginsafkan diri, melihat haiwan yang tidak berdosa sedang nazak terkejang-kejang menahan sakit tatkala nyawa dicabut dari badan. Gambaran itu terpahat dan bermain di fikiran mummy berulang kali. Allahurabbi...

Ahad 24/04/2016 (lebih kurang jam 1.20 pagi)
Mummy terjaga dari tidur terdengar bunyi suara Momon. Bila lampu dinyalakan kelihatan Momon sedang muntah. Momon muntah makanan yang dimakan tadi, banyak sekali. Bila mummy angkat Momon terasa badan Momon panas. Mummy segera di dapur mengambil air zamzam dan mummy suapkan pada Momon. Momon kelihatan lega dan kembali tidur.

Ahad 24/04/2016 (6.00 pagi)
Paginya suhu badan Momon kembali normal. Rasa lega sangat-sangat, sebelum ke pejabat mummy bagi Momon air zamzam lagi kerana Momon tak mahu makan. Mummy tak nak paksa kerana mummy tahu Momon tak sedap badan. Setelah jatuh sakit tempoh hari sebenarnya Momon dah kembali berselera makan, seleranya kembali pulih seperti dulu. Momon kembali dengan rutinnya makan pada waktu malam. Sebelum masuk tido mummy akan penuhkan semangkuk kibbles untuk Momon dan Momon akan kerap bangun utk makan pada malam harinya. Mummy rasa bersyukur sangat2 ketika tu kerana mummy sangka Momon telah pulih sepenuhnya.

Tengahari tu mummy pulang ke rumah semata-mata ingin melihat keadaan Momon. Bila nampak mummy balik Momon terus mengikut kaki mummy sambil mengiau2. Bising betul mulut Momon entah apa yang dibebelkannya. Mummy cuba sekali lagi bagi Momon makan tapi Momon menolak. Momon cuma nak minum, berkali-kali Momon minum seakan dia terlalu dahaga. Mummy duduk menemankan Momon sambil mengusap2 dia. Bila Momon baring mummy juga baring bersebelahan dengannya. Hati mummy terdetik ketika melihat Momon, mummy rasa tak sedap hati mummy terus bagitau rakan sekerja mummy tak dapat masuk ofis petang tu, mummy tak sedap hati nak tinggalkan Momon, mummy nak terus temankan Momon.

Semakin petang Momon semakin lemah tetapi Momon masih kerap minum. Momon mengiau perlahan pada mummy seakan ingin memberitahu sesuatu. Tiba-tiba mummy terasa sedih, sedih yang memenuhi dada hingga terasa bergitu sesak sekali. Masuk waktu asar mummy terus angkat wudhu untuk solat, usai solat hati mummy terdetik, Mummy nak buat solat hajat. Mummy nak mintak dengan Dia mummy nak merayu dan mengadu pada Dia. Terus mummy bangun mengangkat takbir mummy buat solat taubat terlebih dahulu, mummy mohon ampun padaNya di atas segala dosa-dosa. Selepas itu mummy buat solat hajat mummy memohan padaNya..

"Ya Allah sekiranya telah sampai ajal mereka Kau permudahkan lah pemergiannya, andai masih ada umurnya Kau berikanlah kesembuhan segera Ya Allah..hilangkan lah kesakitannya, sembuhkan lah dia Ya Allah..aamiin aamiin yarabbal alamin.."

Air mata tak terhenti mengalir. Mummy beristigfar berselang-seli dengan zikir dan doa. Terasa seakan Dia sedang mendengar dan menyaksikan segalanya. Selesai, mummy terus bangun mendapatkan Momon, Momon mengiau perlahan mummy usap Momon, Mummy bagitahu Momon betapa mummy sayangkan Momon. Mummy tak sangka langsung ajal Momon semakin hampir tiba, mummy tak sangka Momon akan tinggalkan mummy secepat ini, mummy sangkakan Momon akan kembali sembuh semula seperti sebelum ini. Ternyata mummy salah perlahan-lahan mummy terima apa yang sedang berlaku. Mummy bersama Momon hingga ke nafas Momon yang terakhir.

Sebelum kebumikan Momon mummy peluk Momon mummy kucup Momon berkali-kali. Mummy tahu itulah kali terakhir mummy dapat pegang Momon sebelum berpisah untuk selamanya. Hujan lebat petang itu membuatkan tanah lembut, memudahkan semua urusan. Momon tak susahkan mummy hingga ke saat terakhir. Momon tak pernah susahkan mummy, Momon kesayangan mummy. Malam ni kita masing-masing akan tidur berseorangan yer sayang...takde lagi kawan mummy nak berebut bantal nanti. Mummy boleh guna semua bantal sorang-sorang, Momon anak yang baik Momon kesayangan mummy selamanya...



gambar terakhir Momon 2 hari sebelum Momon pergi...


MOMON 
12/09/2010 ~ 24/04/2016

suka?