Tuesday, May 31, 2016

Montot Dohan


Mummy bagi RC BabyCat untuk Dohan tapi budak Dohan ni suka sangat curi makan abang dia punya makanan. Mummy tak bagi tu bukannya apa sebab si Dohan ni akan mencirit bila makan adult kibbles. Sebenarnya perot Dohan agak sensitif, wetfood dan susu kambing pon perot Dohan tak tahan.


Masa baru-baru tu mummy bagi la Dohan susu kambing, pastu mummy perasan Dohan cirit. Camtu gak bila bagi wetfood. Dohan mencirit sampai montot dia tu macam bengkak dan merah. Ada sekali tu sampai berdarah. Mummy terus puasakan Dohan malam tu stop bagi makan. Esok paginya mummy rebuskan dada ayam untuk Dohan. Alhamdulillah terus elok, montot dia tu mummy lapkan dengan tisu basah kemudian mummy sapu gel gamat. Lepas Dohan poo poo mummy akan lap dengan tisu basah kemudian mummy spraykan dengan SuperCat Spray kemudian mummy lap lagi dengan tisu kering. Dah cantek molek montot Dohan sekarang ngeee....


Tapi tula budak Dohan ni degil suka curik makan orang lain punya makanan haishh!




Thursday, May 26, 2016

Hal anak-anak

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca :)

Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Mummy dan jejebon juga sihat-sihat semuanya. Mummy mohon maaf kerana menyepikan diri. Agak sibuk dengan kerja sambil-sambil memujuk hati dan mengumpul kembali semangat yang hilang.

Macam-macam hal berlaku. Lepas kepergian Mon, MinTomin kelihatan murung. Bertambah-tambahlah sedih mummy bila tengok Min bergitu. Vet kata Min tak pape cuma ada demam sikit. Harap-harap camtulah. Mummy macam dah trauma bila anak-anak sakit ni. Hati tu bimbang sentiasa. Risau kalau-kalau perkara yang lebih buruk terjadi.



Tapi bila mummy fikir-fikirkan takde paedahnya asik nak berfikiran negatif aje, fikir yang bukan-bukan pastu risau sedih memanjang. Kang lama-lama mummy pulak yang jadik sakit. Mummy buat jelah yang terbaik. Nak manfaatkan setiap saat sementara mereka masih bersama mummy agar andai suatu masa mereka pergi takde satu pon perkara yang mummy kesalkan kerana mummy tahu mummy dah buat sehabis baik.


Mungkin MinTomin juga sedih dengan kepergian Mon. Mummy pon taknak lah sedih lama-lama. Mummy nak beri lebih perhatian pada anak-anak yang tinggal. Alhamdulillah Min dah semakin sihat. Mujur kakak Damia sentiasa ada bersama Min :)


Kisah Si Arjuna pula, anak jantan sekor ni kejanya merayap saje. Tiba-tiba Juna balik dengan air liur menjejes. Mummy terus dapat agak Juna mungkin tercekik tulang, sebab Juna ni memang suka mengutip sisa makanan. Macam kat rumah ni tak cukup makan jer kan, geram betul dengan budak sekor nih.




Bila bawak ke vet memang tepat sangkaan mummy. Vet kata ada beberapa tulang kecil melekat pada gusi belah atas gigi Juna berkemungkinan tulang dari ikan kecil. Entah dari mana lah si Juna mengutip ikan-ikan tu haihh..anak..anak...


Balik dari vet senang hati tido terlentang cenggitu kann. Macam tak bersalahhh jek..puas hati la tu buat mummy risau. Budak bertuah! Macam ni lah hal anak-anak. Tak habis-habis lepas sekor sekor buat mummy risau. Tabahlah duhai hati...kuatlah wahai sang jantung huhuu...


Pada tarikh 17/05/2016 pula mummy dapat anak baru. Dua ekor anak kucing comel jatuh tergolek dari kereta yang berada betul-betul di hadapan kereta mummy ketika sedang memandu. Seekor tak bernasib baik kerana dilanggar kereta tersebut dan seekor lagi sempat mummy selamatkan.

Seumur hidup ini kali pertama kejadian seumpama ini berlaku di depan mata, terkejut jangan cakap. Mummy dok terpekik terlolong dalam kereta tu.. rasa macam nak meletup jantung ni. Tak pasti jika anak kucing malang tu kepunyaan pemilik kereta tu ataupun cuma kucing liar yang suka bermain dan bersembunyi di celah-celah bawah bahagian kereta.

"Ello! Nama caye Dohan.."

Kenalkan ini Johan. Joe joey johannn...cenggitu haa mummy dok panggil dia. Tapi budak ni pelat dia tak pandai sebut Johan tu yang jadik Dohan hehe..

Sekarang ni Johan selamat berada bersama mummy. Lepas kejadian tu, sehari semalam si Johan ni mengigil tak mahu makan atau minum. Dia punya mengigil tu sampai giginya berlaga berbunyik-bunyik. Kesian betul mummy tengok. Mummy letak Johan dalam kotak tutup dengan towel dalam cage sebab Johan terlalu takut dan dia perlu tempat untuk membolehkan dia bersembunyi.

Tapi sekarang ni dah hilang dah trauma dia, rumah tu dah jadik dia yang punya. Jejebon yang lain macam biasalah bila ada adik baru. Memasing merajuk membawa diri tak nak masuk dalam rumah. Lebih-lebih lagi bila tengok si Johan ni dah macam toyol berlari terkinja-kinja keliling rumah, lagi meluatlah jejebon ni menengoknya, memasing menyembur-nyembur dah rope ulor. Hai lantak la situ...mummy bior jer. Time makan kang terpaksa la mummy carik sekor-sekor, pujuk-pujuk, sayang-sayang, peluk-peluk sebelum bagi makan. Harap tak lama lah rajuk jejebon ni...jenuh nak pujuk sekor-sekor tau!

Tuesday, May 3, 2016

Indah...terima kasih kerana mengindahkan hari-hari mummy

Indah anak mummy yang paling bongsu juga telah pergi tinggalkan mummy. Kisah Indah bermula apabila pada satu pagi mummy perasan Indah masih tido walaupon jejebon yang lain sedang makan. Pelik sangat kelaku Indah ketika itu dan mummy dapat agak ada sesuatu yang tak kena. Pagi tu mummy suapkan Indah vetri DMG dan air zamzam dengan harapan Indah cuma tak sedap badan sahaja.

Masuk hari ketiga Indah mula menjilat-jilat badan. Indah tak mahu makan kibbles jadi mummy bagi Indah wetfood bersama air zamzam. Tak kisahlah janji Indah mahu makan. Tapi kegembiraan mummy tak lama, dua hari lepas tu mummy perasan kaki Indah bengkak dan dia berjalan terhincut-hincut. Bila mummy pegang kakinya Indah menderam menandakan dia sakit. Bila mummy belek-belek rupanya ekor Indah juga bengkak dengan kesan nanah yang telah pecah. Pengalaman dengan jejebon lain bila bengkak bernanah ni disebabkan kesan gigitan kerana bergaduh. Tapi bila mana nanah tu dah pecah akan kurang sakitnya. Tapi nampaknya ada sesuatu yang lebih serius berlaku pada Indah. 

Mummy bawa Indah ke klinik, mummy jelaskan pada vet apa yang mummy tahu, mummy ceritakan dari mula dia demam hingga keadaan kaki Indah bengkak, Indah tak muntah dan tak cirit dan dia boleh kencing dan berak seperti biasa. Doktor meminta supaya mummy tinggalkan Indah di klinik untuk rawatan dan membuat sinaran xray untuk kaki Indah. 

Hari ketiga vet bagitahu mummy Indah semakin lemah, tak mahu makan dan susah bernafas. Indah juga tak respon pada rawatan yang diberikan. Vet suspected septicemia atau kuman dalam darah. Mungkin Indah digigit haiwan berbisa, tapi doktor kata bukan ular. Mummy pon tak pasti apa sebenarnya yang berlaku pada Indah.


25/04/2016 11.58AM mummy terima berita sedih dari vet mengatakan Indah sudah tiada Allahu... Sedih mummy tentang kehilangan Momon belum pon reda, kini mummy diuji semula. Air mata tumpah lagi, perasaan sedih bertimpa-timpa membuatkan mummy merasa lemah tak berdaya.

Mummy menangis semahu-mahunya sehingga mummy berasa lega. Kemudian mummy kumpul kekuatan mengesat airmata dan memandu ke vet untuk mengambil Indah. Sepanjang perjalanan pandangan kabur dek airmata yang sepertinya tak habis-habis. Tak mampu rasanya mummy nak menganggung kesedihan ini, terbayang wajah Momon dan Indah bersilih ganti.

Mummy letak Indah di atas riba sepanjang memandu pulang ke rumah. Mummy menangis teresak-esak seperti budak kecil. Hilang malu walau dipandang orang yang memandu di kiri dan kanan mummy ketika itu. Rasa sedih seperti mahu mati! Sedih sekali...

Kesedihan di atas kehilangan Mon dan Indah tak dapat mummy gambarkan dengan kata-kata. Mummy dekatkan diri pada Dia, mummy mengadu pada Dia, mummy mintak pada Dia supaya beri mummy kekuatan kerana jujurnya ketika itu mummy terasa begitu tak berdaya.

Selain keluarga hanya beberapa rakan rapat yang mengetahui berita ini, mereka lah yang banyak memberi kata-kata semangat kepada mummy. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama mummy. Terima kasih juga kepada semua pembaca dan pengikut blog ini kerana berkongsi kesedihan bersama mummy. Terima kasih di atas doa kalian, mummy amat menghargainya. Terima kasih!


Indah
03/12/2014 ~ 25/04/2016