Wednesday, October 12, 2016

Ragam Tidur







Selalu gaduh ngan budak MinTomin ni, dia suka nak masuk kawasan mummy tau. Bukan ada beza pon tapi sengaja nak mendengki mummy. Bila mummy tido kat belah kanan dia pegi ke kanan, bila mummy beralih belah kiri pon dia mengekor gerammmm jek!


Mummy bukannya apa si MinTomin ni suka naik atas badan, port paberet dia atas dada kite ni haa...dengan badan dia tuu semput tahu! Tak tahan mummy, kalo dibior sampai ke pagi memang keras kejung dah mummy agaknya sebab tak boleh nak bernapas hmmph!


Karang sepanjang malam lah mummy ni dok bergolek ke kanan bergolek ke kiri nak mengelakkan dia. Kalau dengan MonTomon dulu berebut bantal, bantal mana mummy pakai bantal tu lah yang dia nak. Nama pon adik beradik kan, perangai pon lebih kurang sama.


Kalau ibu dorang si KakakBaby tak, KakakBaby memang gud girl sangat sangat! KakakBaby jenis tido setempat tak gerak dari malam sampai ke pagi, aman tido mummy kalau tido berdua jer dgn dia. Kalau dengan si MinTomin ni...huh letihhh!

Monday, October 10, 2016

Salam Rindu

Assalammualaikum.....

Yuhuuu...helo! Ada orang tak..??


Sunyi sepi jer blog ni kan..kadang-kadang rindu zaman kegemilangan blog dedulu, memang meriah. Ada masa rajin tu hari-hari update blog pastu jalan-jalan blog geng kucing. Seronok baca cerita kawan-kawan kucing, memang boleh menghiburkan hati.


Tapi sayang zaman tu dah berlalu. Dunia blogging dah semakin dilupakan. Kalah dengan media sosial lain seperti Instagram, Facebook dan lainnya. Mungkin dengan Ig atau FB lebih cepat dan mudah kite nak share sesuatu kan?  Zaman sekarang ni apa-apa semua nak yang mudah yang cepat, dah senang nak senang lagi dah mudah nak mudah lagi. Takyah cakap orang lain, mummy sendiri pon macam tu kehkeh..


Yang sebenornya mummy sendiri pon dah berkurun tak bukak blog ni, bila bukak banyaknya komen soalan yang tak berjawab. Mummy mintak maaf banyak-banyak. Harap yang bertanyakan soalan dah mendapat jawapan tanpa menunggu jawapan daripada mummy yer..


Tapi apa pon mummy masih sayangkan blog ni. Dengan blog ni mummy dapat kenal ramai kawan-kawan kucing. Dan kebanyakkan kawan-kawan kucing tu masih kekal berkawan sehingga sekarang. Terima kasih pada blog meowwmania ni HEHE!


Sebagai tanda terima kasih mummy pada blog ni, mummy hadiahkan header baru HAHA! Niat hati nak ubah header, ubah background, ubah layout segala bagai. Saja la nak kasi tukar baju, dah bertahun pakai baju yang sama, buruk dah. Tapi setakat ni cuma header jer bertukar yang lain tu hmm..nanti-nanti lah dulu hihuu~


Akhir kata sambut lah salam sayang, salam rindu mummy untuk semua yang pernah menjadi pembaca blog meowwmania ini. 



meowwmania sayang kamu muahh!!