Sunday, April 9, 2017

Tips Penjagaan Anak Kucing Yatim Piatu

Share
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Eh! ada orang ker?? hehe..takpe takpe mummy saje nak simpan pengalaman menjaga Ajam&Anje kat dalam blog ni. Kot sesape yg follow mummy di Facebook atau Instagram maklum la mummy ada anak kecik sekarang ni hehe..Ajam&Anje dua hekor anak yatim piatu yang ditinggalkan ibu.

AjamKojam & AnjeTanje

 masa ambik budak dua hekor ni belum bukak mata lagi,
tali pusat pon masih melekat




So mummy nak share sikit la pengalaman sepanjang menjaga anak kucing yatim piatu ni. Kot kot ada yang berhajat mencari tips leh la baca, tak banyak sikit harap dapat membantu yerk..

~~~

Dalam tempoh masa empat minggu pertama anak kucing bergantung sepenuhnya kepada ibunya untuk hidup. Berikut adalah tips mummy cuba meniru perlakuan ibu kucing terhadap babynya :

1) Sediakan tempat yang selesa untuk anak kucing.
Seperti kotak atau bekas yang dialas dengan kain tebal. Anak kucing amat mudah kesejukkan dan mengalami hipotermia.  Seeloknya tempat yang disedikan perlu hangat. Maka kite boleh gunakan pad pemanas atau botol air panas yang dibalut dgn kain.

Jika menggunakan pad pemanas laraskan suhu yang sesuai. Jika menggunakan botol air panas pastikan dibalut dgn kain tebal agar tidak terlalu panas. Pastikan ada tempat yang luas agar anak kucing boleh bergerak ke tempat lain jika merasa terlalu panas.


Heating Pad ni mummy beli kat Lazada harga tak ingat tapi tak sampai duaploh hengget la..suhunya boleh dilaraskan. Atas heating pad ni mummy alaskan lagi kain yang lembut supaya Ajam&Anje selesa. Alas kain perlu kerap digantikan utk mengekalkan kebersihan jangan lah sampai seminggu guna alas yg sama. Macam mummy sehari dua kali mummy akan tukar alas kain yang baru.


Badan anak kucing tidak ada lemak untuk mengekalkan suhu badan, ia bergantung sepenuhnya pada ibu untuk menghangatkannya.  Kite boleh gunakan stokin yang diubahsuai dan dijadikan baju untuk membantu mengekalkan suhu badan anak kucing.




Masa ni Ajam&Anje dah beso dah. Walau dah beso bila time hari hujan tu mummy pakaikan jugak, saje jer sebab Ajam&Anje pon nampak selesa bila dipakaikan sweater stokin tu hehe..


2) Susu formula khas untuk anak kucing (lactose-free milk)
Susu lembu tak boleh yer.. Susu mesti suam jgn terlalu panas atau sejuk (boleh kembung). Macam mummy biasanya akan bancuh susu dalam bekas lain dulu, kacau sampai susu jadi suam baru masukkan dlm botol susu.


Mummy bagi Ajam&Anje susu Tasty Milk Pure Goat Milk ni,
harganya RM20 untuk 200g

Thermos flask ni amat penting untuk simpan air panas, wajib ada.

Posisi menyusukan anak kucing perutnya mesti di bawah yer sama seperti anak kucing menyusu dgn ibunya, jangan baringkan macam baby manusia pulak. Dan jangan sekali-kali picit botol susu utk bagi cepat habis, biar anak kucing tu menghisap dgn sendirinya. Jika menggunakan picagari titiskan perlahan-lahan dalam mulut anak kucing. Lepas susu tepuk badan dan gosok perut anak kucing perlahan-lahan supaya dia sendawa.

Anak kucing yang belum mencapai usia 3 minggu tidak boleh berak atau kencing dengan sendirinya. Maka setiap kali lepas menyusu, anak kucing perlu dirangsang untuk membuang. Biasanya si ibu akan menjilat kemaluan anaknya untuk merangsang proses pengkumuhan. Kite boleh menirunya dengan menggunakan tisu atau bebola kapas yang dibasahkan dengan air suam, gosok perlahan-lahan pada kemaluan anak kucing sehinga dia berak atau kencing. Proses ini penting. Jika rangsangan tidak diberikan pundi kencing akan bengkak dan sakit bila sakit anak kucing akan kurang minum susu dan menjadi lemah.

Berikut adalah anggaran umur dan pemberian susu kepada anak kucing :

Umur 1 minggu - mata masih tertutup rapat - tali pusat masih ada
Umur 1-2 minggu - kelopak mata mula terbuka - tali pusat sudah tertanggal
Umur >2 minggu - mata terbuka

Umur 1 minggu -- susu formula -- 3-4ml -- setiap 2-3 jam
Umur 2 minggu -- susu formula -- 5-6ml -- setiap 3 jam
Umur 3-4 minggu -- susu formula -- 12-18ml -- setiap 4 jam
Umur >4 minggu -- susu formula + makanan -- 12-18ml -- setiap 8 jam

ni adalah anggaran sahaja, bergantung kepada kucing jugak macam Ajam kurang menyusu tapi Anje kuat menyusu jadi untuk Anje mummy akan lebihkan sikit susunya

Pada umur 4-6 minggu anak kucing boleh mula diberikan makanan separa pejal atau kibbles khas untuk baby cat.

Wetfood Whiskas Junior dan kibbles Wahre Liebe

Biasanya mummy akan rendam dulu kibbles tu untuk bagi dia lembut sikit, wetfood tu campur sekali dalam kibbles. Tengok nanti berselera si Ajam&Anje makan, nom..nom..nom bunyik dia hehe..


Dan pada usia ini anak kucing perlu diajar menggunakan litter box. Boleh pilih samada nak gunakan pasir, wood pallet atau crystal. Mummy guna surat khabar lama jer hehe..  Surat kabar tu carik kecik-kecik then letak dalam litter tray. Cara nak ajar anak kucing supaya dia membuang dalam litter tray tu mudah saje. Kan setiap kali lepas menyusu kite akan lap montot dia guna tisu kan, so tisu tu campak jer dalam litter tray. InsyaAllah tahu lah anak kucing tu nanti bahawasanya itu adalah 'tandas' mereka.

Litter tray dorang kenalah rajin bersihkan. Macam mummy guna surat kabar so tiap kali lepas dorang poo mesti mummy akan buang dan gantikan baru. Sebabnya tengah kecik gitu memang tengah aktif bermain, silap haribulan dorang bergumpal kat dalam litter tray tu...udah bergelumang dengan najis pulakk..haru dibuatnya.


Pet wipes ni pon penting. Mummy gunakan untuk bersihkan Ajam&Anje, bersihkan litter tray, bersihkan cage dan bersihkan toys dorang. Pet wipes ni mummy beli kat Mr.DIY, murah aje..

Rubber glove pon penting jugak. Mummy pakai masa nak menjalankan tugas sebagai pencacai najis jejebon huhuu... Kena pakai untuk jaga kebersihan dan kesihatan diri sendiri, kalau sendiri malas nak jaga kang sakit jangan salahkan kucing pulakk..



Tengok..dah angkat beg nak pergi kerja pon sempat lagi jadi pencacai, sebab nampak AnjeTanje tengah memerut so tunggu sekejap nak tukar surat kabar baru hehe..


Ajam&Anje pandai menggunakan litter box sejak berusia 3 minggu lagi, tertongeng-tonggeng dia memanjat litter box tu, walaupon susah Ajam&Anje tetap berusaha poo pee dalam litter box. Ajam&Anje memang cerdik!

Anak kucing boleh berhenti menyusu pada usia 6 minggu. Pada usia ini kesemua giginya telah tumbuh, warna mata juga akan berubah daripada biru kepada warna kekal. Susu tu kalau taknak bagi dalam botol boleh letak dalam kibbles.

Si Ajam&Anje ni dah berusia 48 hari, kalau ikut dah boleh berhenti menyusu. Tapi dorang ni kalau tak dapat isap botol menjerit-jerit macam kena dera. Gigi dah penuh, tajam pulak tu tak lama lagi memang bocor lah puting susu tu.



Sekian dulu tips perkongsian mummy, harap dapat membantu pada sesiapa yang berhajat. Semoga bermanfaat hendaknya.


xoxo
mak jebon

suka?