Sunday, June 18, 2017

TRAGEDI 20 RAMADHAN

KHAMIS
15 JUN 2017
20 RAMADHAN 1438


Lagi 10 hari jer nak raya. Mummy tak duga perkara sedih akan berlaku. Mummy kehilangan AnjeTanje pada hari itu. Anje hilang.


Mummy yakin ada yang berkenan dengan Anje sebab Anje comel. Tubuhnya bulat pejal dengan bulu yang gebu. Matanya cerdik bercahaya dan perilakunya yang lincah pasti mengundang senyum tawa sesiapa yang melihatnya.


Doa dan harapan mummy pada tuan baru Anje agar dapat menjaga Anje sebaiknya. Curahkan kasih sayang tanpa syarat pada Anje mummy. Cuma itu yang mummy pinta..


Ajam sedar kehilangan Anje. Ajam juga tercari-cari kelibat Anje. Selama ini segalanya dibuat bersama Anje, makan bersama, main bersama, tidur bersama. Pada hari itu Ajam cuma baring bersedih sendiri. Ajam tak mahu makan Ajam tak mahu bermain. Jelas kelihatan Ajam bersedih dengan ketiadaan Anje, menambah lagi kesedihan di hati mummy..


Sehari semalam air mata tumpah. Mummy tak mahu menangis, mummy nak jadi kuat tapi mummy tak mampu nak tahan air mata. Tiap kali mummy tengok Ajam pasti air mata tumpah lagi. Setiap pelusuk rumah mengingatkan mummy pada keletah Anje. Anje suka tidur sini.. Anje suka main ni.. Anje suka itu.. Anje suka ini... Mummy jaga Ajam&Anje sejak mereka belum pon membuka mata, sejak tali pusat masih melekat, segala memori itu terimbas kembali dalam fikiran mummy..  Berderai air mata mummy... Mummy ambil wuduk mummy solat hajat mummy mohon Allah berikan yang terbaik untuk Anje, apa-apa saja asalkan yang terbaik untuk Anje. Mummy redha, mummy doakan keselamatan semua anak-anak mummy, mummy harapkan kegembiraan untuk mereka semua dan akhir sekali mummy mohon kekuatan untuk diri mummy.




















No comments: