Sunday, September 23, 2018

Merawat Kucing Tak Boleh Kencing

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Lamanya tak menjengok kat sini, kalau rumah tinggal dah beranak-pinak hantunya huhuu.. Ada seribu satu kisah jejebon yang mummy tak sempat update kat dalam blog ni. Lebih mudah kisah-kisah tu dikongsi dalam Facebook atau Instagram berbanding dalam Blog kan.. Zaman kegemilangan blog dah berakhir itulah hakikatnya. Cuma harapnya janganlah blog ni dimansuhkan, sayang kot kat blog ni, macam-macam kisah jejebon ada dalam ni.


Sepanjang membela kucing dan dikenali sebangai mak-kucing ni kan, soalan yang paling kerap ditanya tentang masalah kucing adalah "Camana nak buat bila kucing tak boleh kencing?" Masalah kucing tak boleh kencing ni adalah masalah biasa yang selalu terjadi pada kucing jantan yang telah disunatkan khususnya. Kucing betina pon boleh kena tapi jarang, biasanya memang kucing jantan yang kerap kena penyakit ni.


Jadi hari ni mummy nak berkongsi cara untuk merawat kucing yang mempunyai kesukaran untuk kencing. Antara penyebab kucing terkena penyakit ni adalah kerana faktor pemakanan, kurang pengambilan air, bakteria pada saluran kencing, sakit buah pinggang dan stress.


Kucing pon boleh stress tau, punca-punca stress contohnya ada kucing baru atau berpindah ke tempat baru atau kebersihan litter box itu sendiri yang menjadi penyebab kucing menahan kencing. Kucing ni sebenarnya adalah haiwan pembersih, dia suka membersihkan tubuh badannya sendiri dan suka tempat-tempat yang bersih. Jadi sangat sangat penting untuk kekalkan kebersihan tempat poo pee mereka yer ibu ibu dan bapak bapak sekalian..

Eh panjang pulak mukadimahnya yerk... Okeh! sekarang mummy nak bagitau cara macam mana, apa nak buat bila kita perasan kucing kesayangan kita menghadapi kesukaran untuk kencing...


LANGKAH PERTAMA

Pastikan kucing kita tu samada masih boleh kencing atau langsung tak boleh. Pastikan juga warna air kencingnya, warna kuning pekat atau cair atau sudah bercampur darah.


TAHAP KRONIK - RAWATAN VET

Bila kucing tak boleh kencing langsung atau air kencingnya berwarna merah (sudah bercampur darah). Pada tahap ni mummy nasihatkan terus lah bawa kucing berjumpat vet. Vet akan masukkan tiub dan flush untuk keluarkan kotoran dan batu karang/kristal. Jangan biarkan kerana sakit ni boleh membawa derita yang teramat dan boleh membawa maut. Kesian kucing..


TIDAK KRONIK - RAWATAN VET

Pengalaman mummy dengan Arjuna dulu, bila dibawa ke klinik, vet akan picit pundi kencing untuk cuba keluarkan air kencing. Vet akan tengok keadaan pundi kencing, keadaan pundi kencing Juna pada ketika itu tidak terlalu besar mungkin kerana mummy dapat trace awal dan cepat-cepat bawa Juna ke klinik. Vet cuma bagi Juna, Cystaid tablet dan 2 jenis antibiotic.


TIDAK KRONIK - RAWATAN SENDIRI

Kucing masih boleh kencing dan kencing tu cair atau kuning pekat. Caranya adalah dengan memberi jus lobak putih atau jus cranberi. Cranberi ni kat negara barat banyak la kalau duduk kat Malaysia jangan kalut.. beli lobak putih sudah takyah susah-susah nak carik cranberi.

Blender lobak putih dungan sedikit air (seeloknya air mineral atau air tapis jangan letak air paip, lagi bagus air zamzam). Bagi minum 1 sudu 3 kali sehari dalam seminggu (bagi guna syringe lebih mudah). Dalam masa seminggu tu juga, JANGAN bagi makanan kering (kibbles) langsung, bagi ikan atau ayam rebus sahaja. Hanya selepas dua kali diberi jus lobak putih kucing akan dapat kencing seperti biasa, insyaAllah. Ini adalah daripada pengalaman mummy sendiri.





Selepas seminggu boleh bagi makanan khas seperti contoh Royal Canin Urinary S/O atau Hill's Urinary Care C/D. Dalam masa yang sama boleh bagi dietary supplement untuk perlindungan dan melegakan kerengsaan saluran kencing dan mencegah jangkitan saluran kencing daripada berulang. Berikut adalah contoh supplement yang boleh diberi :

Himalaya Nefrotec


Petdiatric Laboratories UTI-OXi
Petdiatric Laboratories Zendin
* Zendin dan UTI-OXi mengandungi ekstrak cranberi


Selain daripada pemberian supplement, campurlah sedikit Apple Cider Vinegar (cuka epal) ke dalam minuman mereka. ACV boleh meneutralkan asid, menambah selera makan, mencantikan bulu dan yang paling penting ia boleh mengelakkan pembentukkan batu karang.  Jangan campur banyak-banyak, titiskan sedikit sahaja dalam air minuman sebab acv ni sangat-sangat masam!



Bragg Apple Cider Vinegar
*Tips utk membeli ACV - pastikan ia organic unfiltered, unpasteurized & unprocessed



LAGI TIPS

Jagalah pemakanan kucing peliharaan dengan memvariasikan makanan mereka. Contohnya seminggu sekali bagi ayam atau ikan rebus (direbus tanpa garam) atau campurkan makanan basah (wetfood) dengan makanan kering. Boleh beli makanan basah yang sedia ada dijual atau buat sendiri (Resepi Wetfood)  Dan letakkan air minuman di beberapa tempat untuk menggalakkan mereka kerap minum. Dan yang paling penting, pastikan tempat poo pee bersih dan selesa untuk digunakan.




Teteh kucing pertama mummy dengan kes kronik. Masih segar dalam ingatan, mummy menelefon vet dan merayu supaya merawat Teteh kerana ketika itu klinik tutup. Selepas beberapa bulan, sakit Teteh berulang. Mummy dapat kesan awal sebab memang dah jangka akan berlaku, mummy cuma rawat sendiri seperti yang mummy kongsikan di atas dan alhamdulillah Teteh sembuh dan sakitnya tak pernah berulang selepas itu.


Arjuna pula kes tak kronik. Juna hanya perlu makan Cystaid dan antibiotic. Selepas habis ubat mummy sambung bagi jus lobak putih dan supplement.


Apa yang mummy tulis di sini itulah yang mummy amalkan. Alhamdulillah nampak berkesan dan serasi. Mudah-mudahan anak-anak mummy kekal sihat walafiat , aamiin..


Mummy harap dengan perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan. Tapi ingat yer...adalah lebih baik dan selamat untuk membawa kucing mendapatkan rawatan di klinik dari vet yang lebih bertauliah.  Setiap usaha dan wang ringgit yang kita laburkan pada haiwan peliharaan kita sebenarnya adalah saham akhirat yang mudah-mudahan dapat membantu kita di akhirat kelak, Waallahu A'lam..

2 comments:

Yati Ghazali said...

wahhh....finally ada entri...thanks Meowwmania sudi berkongsi tips yang sangat berguna

meowwmania said...

@Yati Ghazali
wah terima kasih yer..masih sudi singgah dan baca blog mummy hehe..