Wednesday, November 14, 2018

Merawat Cirit-Birit Kucing

Apa yang menyebabkan kucing mengalami cirit-birit?

Ada banyak punca antaranya makanan yang tak sesuai, makanan yang dah basi atau expired, diberi minum susu manusia (susu lembu), jangkitan endoparasit dan penyakit Parvo/ FIP juga boleh mengakibatkan cirit-birit.


Apa yang perlu dilakukan?

Pertama sekali kenalpasti punca cirit tersebut. Jika disebabkan penyakit Parvo/ FIP atau cirit-birit yang mengandungi darah WAJIB dapatkan rawatan dari vet.

Cirit yang singkat tanpa kehilangan bendalir yang banyak berpunca daripada makanan atau susu boleh lah dirawat sendiri.


RAWATAN SENDIRI (untuk kes cirit yang tidak kronik)


  • Kurung kucing dalam cage dan jangan beri makan selama 24 jam. Hanya beri air minuman sahaja. Sediakan air minuman bersih setiap masa kerana ketika ini kucing akan minum banyak air.



  • Selepas berpuasa sehari, beri kucing makan dada ayam yang direbus bersama labu. Labu kaya dengan serat dan elok untuk merawat cirit-birit, ia akan memulihkan najis menjadi keras. 
JANGAN BAGI SUSU LANGSUNG!


  • Selain labu, boleh bagi 1 sudu kecil yogurt asli (tanpa perisa/pewarna). Yogurt asli mengandungi bakteria baik yang diperlukan kucing yang sedang mengalami cirit-birit.

  • Beri kucing makan dada ayam dan labu rebus sehingga najisnya keras elok dan tak lagi cair.


  • Pantau keadaan pasir kucing agar dapat dikenalpasti keadaan najisnya


  • Kucing yang cirit-birit berisiko mengalami dehidrasi. Penting untuk pastikan mereka minum air yang banyak. Jika kucing enggan minum air, perlu force-feed dengan menyuntik air minuman ke dalam mulut kucing.


  • Jika cirit-birit berlanjutan lebih daripada 24 jam perlu dibawa ke vet dengan segera.


  • Cirit-birit juga kerap berlaku kepada anak kucing, langkah pencegahan seperti vaksinasi, deworming dan anti-parasitic seawal umur 2-3 bulan adalah sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh pemilik kucing.



No comments: